
2004-01-09
Tahniah kepada bakal cikgu
Tahniah kepada seorang sahabat di office ni yang sudah dua tahun bekerja kontrak di pejabat ni. Akhirnya dia berjaya mendapat perkerjaan idaman hati. Ada lagi seorang kawna di sini yang masih bekerja sebagai pekerja khidmat singkat yang sudah tiga tahun tetapi masih belum mendapat kerja tetap lagi. Bila dikenang-kenangkan nasib mereka begini, terasa bersyukur kerana aku sudah ada kerja tetap dan berpencen..he..he..
Tetapi dua tahun lebih aku sabar menanti berkerja dikelilingi oleh orang-orang kafir. Betul-betul keseorangan tika itu, tak der kawan gurau senda di pejabat. Iyerlah berkawan dengan kaum lain tidak sama bergaul dengan kaum sendiri. Walau tidak dinafikan aku tidak ada sebarang masalah dengan mereka, cuma bezanya fahaman dan adat resam berbeza, sebagai contoh dengan selamba mereka simpan masakan daging khinzir dalam peti ais, buat sandwich pakai daging tidak halal tu, panaskan lauk binatang tu dalam microwave. Aku memandang hendak termuntah. Tak ada surau untuk bersolat, mujur juga di sana aku ada bilik sendiri, walau kecil, bilik itulah aku jadikan tempat bersolat.
Solat dalam keadaan terhimpit, dengan kerusi meja, dan bermacam benda aku jadi tertekan. Ada lecture melayu sorang dua tapi iyerlah lecturer muzik-muzik ni, maaf cakap aku tak pernah tengok diaorg solat, even dihari jumaat. (aku cakap aku tak pernah tengok mereka solat, aku tak tuduh mereka tidak solat, mungkin mereka qada solat di rumah ker tak tahuler...) tapi memang iya. Mereka punya friday performance setiap hari jumaat bermula jam 4.00 - 6.00 ptg kadnag-kadang meleret-leret melepasi waktu maghrib, mereka masih di dalam dewan persembahan. Begitu juga anak-anak datuk, tan sri yang belajar kat situ, selamba jer. Yang perempuannya juga selamba merokok depan orang ramai, padahal bapa mereka bukan orang biasa macam mak bapak kita. Tak tahu jaga nama keluarga.
Ok berbalik solat di tempat lama, ada seorang lecturer full time melayu, Farid namanya, hanya dia seorang yang aku nampak akan keluar bersolat setiap kali waktu zohor, atau kalau dia tidak sempat dia akan bersolat di tepi tangga kecemasan yang jarang orang lalu lalang. Panas dan tidak selesa langsung. tetapi itulah berkerja dengan kaum yang satu tu. Tetapi di sana aku suka dengan ex-boss aku Mr. Jefry Roland, orang British, dia memang baik sesangat. wife dia adalah kakak kepada Dato' Micheal Yeoh (betul ke ejaan aku ni, kalau salah sorilah..)Dr. Jeff memang best!! Dia tak pernah busy body kerja orang, dia tak pernah memaksa dan memberi tekanan kepada staff dia, janji kerja kita beres, apa yang dia nak ada, dan kami selalu kutuk management bersama-sama. he..he..dia pun sudah berhenti.
So aku sudah merasa peritnya kerja di syarikat swasta yang setiap kali nak keluar makan tengahari kena punch out, bila masuk kena punch in, sudahlah punch card, pak guard pun kena tulis, pukul berapa kita keluar, pukul berapa kita masuk, setiap pagi berikutnya CEO akan check dan tanda tangan. Tension betul, kemudian kerja dengan pelbagai tekanan, aku selalu menangis. Tapi kuatkan semangat, aku sabar sambil cari kerja lain. BIla dapat interbiu untuk kerja gomen tu, aku buat solat hajat, 3 malam berturut-turut dan Alhamdulillah Allah makbul, masa dapat surat offer dari JPA, terlompat-lompat aku suka.
Najmi di taska
Najmi sudah 3 minggu di taska. Alhamdulilah syukur, dia ok. Bagus juga taska Najmi, mengajar mereka berdikari, Najmi sudah tidak pakai pampers, sudah pandai mandi sendiri, kalau ikutkan dia memang dia hendak mandi sendiri, tapi aku tolong juga, sebab takut air masuk hidung kang selsema, dan sabunkan badannya. Sudah pandai pakai seluar sendiri, sudah pandai pakai baju sendiri. Kelakarnya dia siap ajar babahnya cara-cara pakai seluar. Kena duduk, masuk kaki kanan dulu, masuk kaki kiri, tarik selaur sampai lutut kemudian berdiri, tarik seluar sampai pinggang. Bagus juga taska Najmi.
Dia sudah mula-mula mengenal huruf-huruf. Tapi aku tak suka memaksa dia, baru 2 tahun 10 bulan, bulan tiga ni baru dia tiga tahun. Aku tak nak paksa dia membaca dan mengenal huruf. Biar dia suka rela hati. Aku tak nak dia terlalu cepat dan mendesak, nanti dia boring. Biar dia belajar perlahan-lahan. Sebab itu di rumah aku tidak paksa dia baca abjad ABC di poster yang di tampal di dinding bilik bawah, cuma sambil-sambil pakaikan dia seluar, baju aku minta dia tunjukkan huruf A, B dan C. Alhamdulillah dia sudah kenal. Warna lampu isyarat juga sudah tahu, Merah kena berhenti, hijau jalan. Cukuplah untuk budak berusia 3 tahun. Biar dia belajar sedikti demi sedikit sesuai usianya. Aku dulu kecil-kecil pun umur 6 tahun baru pergi tadika, darjah 1 baru reti mengeja. Masa sekolah rendah sampailah ke tingkatan 3 tak pernah merasa nombor 1-10..asyik dapat nombor puluh-puluh jer. Tetapi masa form 4-5 baru terrer sikit, masa form six baru semangat belajar, tapi dapat juga masuk universiti.
Tapi iyerlah itu dahulu, zaman sekarang darjah satu tuisyen sudah berderet. Hampir setiap hari. Sepupu aku, anaknya jadual penuh setiap hari, lepas sekolah ada sahaja aktiviti, ada harinya kelas tuisyen, ada harinya ko-kurikulum, kelas agama, tae kwan do, dan kelas berenang...padat..tapi itulah tuntutan dan nilai masa untuk anak-anak zaman sekarang. Katanya sepupu tu, senang dia habis aktiviti petang kita pun habis kerja. Terus boleh balik rumah, kalau tak risau memikirkan apa dia buat kat rumah. Bali rumah malamnya kena buat homework yang cikgu sekolah kasi, latihan yang cikgu tuisyen beri. Masa itulah untuk mereka tengok tv, tapi kena siapkan kerja sekolah dahulu, selesai kerja sekolah, badan sudah penat, mata sudah mengantuk dan terus tidur. Kesian kan mereka. Tetapi itulah rentak kehidupan kita makin berubah. Tidak dinafikan mungkin anak-anak aku nanti juga akan mengalami perkara yang sama, perkara-perkara yang tidak aku lalui dahulu. Tuisyen aku hanya bila form 3 dan form 5 sahaja. Itu pun belajar dengan cikgu yang direkemenkan oleh emak. Itu pun juga selalu memonteng.
Macam Najmi sekarang, baru tiga tahun sudah ikut bermacam aktiviti di taska, mungkin menyeronokkan tetapi bayangkan, sudah tiga tahun berada di taska, belajar ABC, Belajar mengira, nanti 4 tahun belajar lagi, 5 tahun belajar lagi, 6 tahun lagi nak belajar. Tapi apa nak buat, kami tidak dapat pengasuh. Nak ambil maid, aku tak berani, adik ipar sudah kena pengasuh lari tinggalkan anak-anak, curi barang. Kawan sepejabat, maidnya ada ilmu hitam, jiran-jiran ada yang maidnya tergedik-gedik, dan aku lihat sendiri, bila hari kerja aku bercuti. Maid-maid ni bukan main, berkelah bawa anak-anak majikan di tepi pondok melayan indon-indon jantan pekerja kontrak buat rumah banglo depan rumah aku tu..
Miang bertepuk tampar. Yang anak-anak majikan dia dibiarkan main sendirian. Ada sekali aku nampak si abang menyorong adik, dan jatuh luka berdarah. Baru kelam kabut. Tak nak lah, bukan ada jaminan nanti dapat maid yang baik. Lagipun aku selalu out station, nanti takkan nak tinggalkan maid dengan hubby aku, silap-silap kang banyak masalah pula. Darlign pun cakap tak sanggup tengok aurat bukan muhrim dalam rumah sendiri setiap hari. <(ermmm cayangggg dia :)> Ada lagi kawan sepejabat ni cerita, anaknya selalu lebam kena cubit, sebab itulah bila dimandikan sibuk jer maidnya nak mandikan, nak pakaikan baju, takut dia ternampak kesan lebam cubit.
Ermm daripada ambil maid, aku rasa biarlah aku hantar Najmi di taska. Tidak perlu susah hati pasal baby sitter nak cuti tiba-tiba. Tapi may be kami akan ambil service weekend maid jer, maid datang mencuci rumah mungkin sebulan sekali or dua minggu sekali. bayarannya pun murah antara 30-50 ringgit, bergantung kepada tugasan yang kita beri.
Oklah sudah panjang lebar...
« LAMA
::
BARU »