2004-01-06

Sesepi Angin Ke Kota London

Aku tersentuh hati menonton drama diTV2 semalam, tersentuh hati sebab terhibur dengan lakonan bersahaja para pelakonnya yang bukan glamer malah ada yang tak pernah aku tengok lakonan mereka sebelum ini, tetapi aku dan darling membuat teori bahawa mereka semua adalah pelakon berbakat yang sudah biasa dengan pentas lakonan iaitu teater, atau mereka pelajar kepada seorang pelakon bertaraf Dr. yang jua turut berlakon semalam.

Watak Akhbar baik sekali, watak Mei juga bagus, watak ayah Akhbar amat berkesan begitu jua dengan watak ibu Akhbar, semua-semua pandai berlakon. Sambil menonton aku dan CIKGU MIDAD ber SMS, ada sekali babak Akhbar berjumpa dengan Mak Bedah guru mengaji AL-Quran dia, cikgu Midad hantar mesej bagitau, tok ajar mengaji pun pandai berlakon. Iya..5 bintang semua pelakon drama itu, bijak pengarahnya mengarahkan para pelakon berlakon dengan baik, aku rasa pak cik-pak cik dan mak cik yang berlakon di sawah-sawah padi bukan pelakon sebenar, mereka orang kampung yang diajak berlakon oleh pengarah. Tetapi mereka berlakon dengan baik. Tidak seperti membaca buku teks bahasa melayu sekolah seperti drama Usop Selam tu. (maaf yer..)

Babak kematian Akhbar memang real, Mei menangis betul, sampai keluar air hidung. Tangisan mereka bukan dibuat-buat. Aku suka semua pelakon. Ada babak lucu, tetapi sungguh mengimbau nostalgia kehidupan di kampung, aku mengalami jua kehidupan mengail ikan di sawah padi, di tali air atau di celah-celah tumbuhan nipah. Semua itu aku lalui bersama arwah tok, di kampung mak di Penaga. Setiap kali cuti sekolah aku duduk rumah tok, dan ikut tok mengail ikan guna tali tangsi diikat pada batang buluh yang kecil tapi panjang dan disangkut mata kail, sungguh seronok bila menggali cacing dijadikan umpan, dan manis sekali apabila mata kail disambar sepat, puyu atau haruan. Itulah yang aku tonton semalam, aku tonton kehidupan kampung ditepi sawah yang memang aku amat rindukan. Betul tak Meer Taro???

Pelakon menggunakan 100% dailek utara, kalau ikut lokasi penggambaran ialah di Perlis, Di Hutan Melintang. Tetapi menariknya mereka cakap utara betul-betul...bukan pelat utara yang dibuat-buat seperti Norlia Ghani, Rosnah Mat Aris, tetapi real utara. Dan memang mereka cakap sungguh bagus, sama seperti lakonan pelakon dalam Kuartet Merdeka. Aku tak suka bila dengar pelakon bukan dari utara berlakon cakap utara, bunyi dah bunyi macam siam. Kadang-kadang meluat pun ada, pengarah pun macam bangang, boleh ambil pelakon bukan dari utara berlakon drama/filem tapi dialek utara. Macam cerita mami jarum, bayangkan mak bapak cakap penang, duduk penang tau-tau anak-anak cakap slang KL buruk betul...lainlah mak bapak utara tapi duduk Kl, logik jugak.

Azizah Mahzan juga aku minat tapi bila dia berlakon cakap utara sebiji bunyi siam. Sama macam kita bukan orang kelantan tapi cakap kelantan, janggal bunyinya. Begitu juga orang utara cakap terengganu, negeri sembilan ker, mesti tak betul bunyinya.

Aku kagum dengan drama arahan Syed Azidi, camner yer nak kontek dia...nak ucap tahniah sebab drama Kuartet Merdeka yang amat best. Aku rasa karya-karya begini patut kita bawak untuk bertanding di Festival Filem di luar negara. Sebagai contoh, drama semalam, ia soal betapa orang kampung bangga di tahun 70an, anak melayu pertama kampung itu dapat masuk universiti, pulak tu di London. Dan drama Kuartet Merdeka, soal imbasan nostalgia 4 sahabat terkenangkan kisah mereka bersekolah dahulu masuk perlumbaan lari 4 x 100 meter. walau sekolah tiada padang, hanya berlatih di bendang yang kering, tak pakai kasut, tetapi semangat dan kesungguhan itu lebih penting, pergi stadium menaiki lori pasir, pun mereka tidak kisah, hanya berlari berkaki ayam dan hanya pakai singlet pagoda sahaja.

Tetapi filem seperti Gerak Khas The Movie di bawa ke luar, malu aku nak tunjuk kepada orang luar, drama lawak begitu.

Maaf andai yang tidak suka tulisan saya....sekadar pendapat...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng