
2004-01-05
Selamat Tahun Baru Untuk Semua...
Sudah 2004..
Bukan lagi 2003...
Tahun ni tahun terakhir aku diusia 20++..tahun depan sudah masuk usia lain..uwaaaaaaa dah tua rupanya...Moga tahun ni ahli keluarga kami bertambah seorang lagi. Moga Allah berkati niat suci kami...Moga Allah permudahkan usaha kami...Moga Allah makbulkan doa kami. Amin...
Najmi akan berusian 3 tahun pada 6/3/2004 nanti. Sudah besar anak mama. Najmi tidak duduk dengan ummi lagi dah, dia sudah berdikari di taska. Sudah ada cikgu...Kesian Najmi, duduk taska, tapi itulah yang perlu kami lakukan kerana tidak ada pengasuh, kalau ada pun pengasuh yang sudah menjaga 3-4 orang budak lain, dari duduk di rumah orang bersama 3-4 budak lain baik duduk taska, dapat dia belajar banyak perkara. Aku call terus dengan owner taska itu, dan dia terangkan serba sedikit mengenai perjalanan aktiviti harian mereka.
Ada aktiviti tulis menulis, membaca buku cerita, mewarna, Najmi sudah pandai nyanyi lagu burung kakak tua. Sudah pandai cakap, nanti cikgu marah...
Yuran taskanya...ermmm alahai...kalau dia bukak taska ni kat pekan-pekan kecil, memang bankrup, sebab...macam nak masuk universiti pulak, padahal baru tiga tahun...Tapi darling kata biarlah janji Najmi selesa, ada juga yang yurannya murah tapi sistem taska kurang baik, kerana dicampur longgok semua budak dibawah umur 5 tahun serumah. Yang taska kami hantar ni, budak-budak kiranya selesa, kerana dia mengasingkan, baby dari lepas pantang hingga usia setahun di satu rumah, umur setahun hingga bawah tiga tahun serumah, dan Najmi di rumah ketiga iaitu untuk yang berumur 3-4 tahun sahaja, adalah dalam 20 orang, dan cikgu yang menjaganya ada dalam 5 orang.
Baru-baru ni pun Najmi demam, mereka asingkan Najmi dan sentiasa lapkan badannya dengan tuala dan bagi makan ubat setiap 4 jam. Sebab Najmi tidak boleh suhu badan terlalu panas, aku takut dia kena tarik lagi...Syukur mereka menjaganya dengan baik. Dia sudah pandai berdikari, sudah pandai pakai seluar sendiri, sudah pandai pakai baju sendiri. cuma masih pakai diapers. Susah nak latih dia sebab kita kerja, hari cuti bolehlah bila isnin kerja pakai diapers balik. Tapi sudah tahun baru, mesti..latih dia tak pakai diapers lagi.
Semuanya mahal..
Di Putrajaya ni, bandaraya pintar dalam taman yang dibangga-banggakan seluruh rakyat Malaysia ni, sebenarnya menyimpan seribu cerita dalaman yang hanya penghuninya sahaja merasainya. Kes pecah rumah sudah ada, kes rogol pun dah ada, kes ragut pun dah ada. Lupakan soal jenayah di Putrajaya, bos bahagian siasatan jenayah hanya selang sepintu sahaja dari rumah kami, kiranya kami bernasib baik, sebab polis sentiasa meronda kawasan rumah kami, maklumlah bossnya tinggal di situ.
Lupakan soal itu, kita cerita soal sewa kedai yang mahal di sini dan sekaligus harga barang pun mahal disini. Baru-baru aku beli cempedak, sekilo 4 ringgit...diulangi..sekilo 4 ringgit, bandingkan kalau kat tempat lain paling mahal kat area kl ni aku pernah beli sekilo RM2.50, tetapi di Putrajaya sekilo 4 ringgit, dan aku beli sebiji yang paling kecil, iyalah yang hendak makan pun berdua sahaja. sekilo lebih sikit, dan harganya ialah RM6.00, aku balik belah kulit dan keluarkan isi, ermmm adalah dalam 30 ulas sahaja. kemudian beli tepung beras, tepung goreng cucur, semua-semua hampir RM10.00. Darling kata, baik beli cempedak siap gorang 5 ringgit puas makan. Tapi masalah tak ada pulak orang jual cempedak gorang di sini. Kalau ada pun kami kena tunggu pasar malam di Sungai Ramal hari rabu atau di Bandar Baru Bangi hari selasa.
Hari jumaat aku sambung cuti lepas tahun baru. Ada sedara nak datang, so aku masak laksa, beli ikan kembung dan ikan sardin (atau kat kedah dipanggil ikan curut) harganya macam biasalah...dua kilo ikan sudah mencecah hampir 20 ringgit. Beli bunga kantan 3 kuntum yang tak kembang pun, harnya RM2.50. Daun selom...ermmm satu ikat 50 sen, yang hanya ada 6 tangkai sahaja, aku beli sampai 2 ringgit. Itupun tidak banyak mana, sekali potong makan 7-8 orang jer dah habis. Alahai,,macam mana orang beranak pinak ramai yang gaji jauh lebih kecil dari aku membeli barang di sini. Kesian mereka. Sebab itu kadang-kadang darling tak suka beli barang mentah, menyampah katanya mahal, baik beli lauk siap. tak payah susah dan murah, terutamanya beli kar serdang.
Kakak-kakak kat opis aku yang beranak ramai ni, cerita mereka jarang sangat beli barang mentah kat pasar sini, selalu mereka ke pasar borong dan angkut segala macam benda untuk stok seminggu. Tak apalah anak mereka ramai, macam aku ni tak berbaloi jugak, sebab nak makan berdua kalau beli udang pun setengah kilo, beli sotong setengah kilo...ayam sekor cukup seminggu. Tapi lain kali kalau ada sedara mara nak datang kami akan memborong di pasar borong so dapat membeli banyak barang murah-murah.
Bulan puasa dulu aku pernah beli ikan tenggiri masak lemak seketul, dan sambal ikan bilis adalah dalam 4-5 sudu jer, harganya 6 ringgit. Terkejut aku, laksa sebungkus RM3.50. Bihun sup RM3.50, Entahlah salah peniaga atau salah Perbadanan kerana sewanya yang mahal.
Sabar jer lah...
« LAMA
::
BARU »