2003-12-18

Macam tak nak update...

tapi nak update...sebab tengah boring..kerja berlambak..tapi malas nak buat sebab kena banyak guna kudrat...maklumlah berpinda randah, ni bab nak mengemas semulalah paling tension...

Bunga telut utk majlis jamuan raya esok sudah beres...kosaj pun dah siap..aku jadi tukang gubah..dan memang hobi aku suka menggubah bunga...darling kata rumah aku dah jadi macam kedai bunga....Sabtu ni kami nak pergi berkelah di PD, balik nak singgah Nilai 3, shopping bunga lagi lah...sudah ada 5-6 tempahan menggubah jambangan bunga utk meja makan, bunga tali jut, (yang bunga pada tali macam tali sauh kapal tu..he..he..) aku tunggu dapat gaji dan pergi nilai 3 utk shopping bunga dan menyiapkan tempahan orang. (hobi yang mendatangkan hasil...)

Buat bunga telur utk jabatan ni pun ramai sudah anak-anak dara dok booking...minta buatkan utk majlis ehem-ehem mereka. Insya-Allah kalau ada masa bolehlah buat. Kalau tak der anak yang sangat sibuk boleh buat ini ada anak yang sibuk nak 'tolong' kalau tengok mama keluarkan peralatan menggubah bunga, bila nampak jer pistol gam mama dia sebok nak pegang-pegang, padahal pistol tu panas bukan main..

Sekarang adik aku wani, (mak su Najmi, or dia panggil, mak su timah...) ada kat rumah jadi bibik sekejap.he..he.. ummi Najmi pregnant, dan ahad hari ada bledding sikit, so that umminya minta rehat seminggu. Apa nak dikata..kita kenalah faham, kalau aku pun sure aku nak rehatkan badan, maklumkan menjaga kandungan. Nasib baik cuti sekolah, so mak su jaga Najmi, dan mujur jugak Najmi tidak banyak ragam pulak duduk dengan mak su. Sebab itu kami nak pergi jalan-jalan ke PD nanti.

Hari minggu lak nak pergi Pusat Sains Negara ada banyak aktiviti kata kroni aku di sana. Untungnya menjadi staff KEMENTERIAN INI ialah dapat masuk ke sana percuma..he..he..sekeluarga gitu..dengar cerita ada pameran sempena 100 tahun penerbangan malaysia. AKu sudah call kroni di sana, dan katanya "bawaklah kamera, boleh bergambar, pameran best!!" Woww...marilah kengkawan ke PSN.

Seperti biasa, apa lagi yang seorang ibu hendak bercerita kalau bukan kisah anaknya...

Cerita Najmi.

Beberapa hari lepas, babah cakap pada Najmi,

"nanti mama pergi kursus kat ***** nanti duduk dengan babah yer,"

dan Najmi jawab, "tak nak, nak ikut mama,"

"tak bolehlah, nanti kesian babah kena tinggal sorang kat rumah," kata babah.

Dia jawab, "Babah duduk diam-diam, kunci pintulah, nanti orang jahat ambil baru tau,"...

(gaya cakapnya pelat-pelat lagilah..)

Aduhhh terkena babah...Najmi suka pesan-pesan pesanan yang kita dok cakap kat dia, contohnya kalau kita nak minum nanti dia pesan "inum elok-elok nanti tumpah, babah marah..."

Mak su nya cerita, Najmi luah air dari dalam mulut atas carpet mama, Mak su babab tangannya, dia lari merajuk tepi sofa dan cakap, "nanti cakap mama mak su pukui.., tak nak kawan maksu..,"

Hari isnin, sebab tak ada baby sitter mama bawa Najmi ke office, alahai anak-anak dara dok berebut ajak duduk sebelah meja mereka, sibuk melayan telatah mulut murainya. Mak cik-mak cik pun turut dok melayan dia. Anak-anak dara pergi makan kat kantin, balik siap belikan keropok, gula-gula nak umpan Najmi pergi tempat mereka. Part paling best, bila boss admin datang, tanya Najmi, "abang siapa nama?," dia jawab "Jemi" (Najmi lah tu, tapi tak reti sebut nama sendiri lagi,)boss India tu pun tanya lagi, "awak datang meeting ker?" (kebetulan that ada ada meeting dato'2-tan sri2 kat opis ni), Najmi jawab,"iya..ada meeting, kat atas situ," ha.ha...bos aku gelak, can kasi duit raya, dan pergi...

Kemudian Najmi tanya aku, siapa tu, Kak N, yang ada bersama aku masa tu tu jawab, "itu pak cik hitam," dan Najmi dengan kuatnya cakap," Hah!!! pak cik Hitam???" alahai, cepat-cepat aku tutupkan mulut, dan cakap pada kakak N, "kak jangan kak, budak ni mulut becok, nanti heboh dia cakap pak cik hitam, nanti betul-betul dia panggil pak cik hitam," semua staff yang ada kat situ punya gelak, dan si Najmi dengar orang gelakkan lagi kuat dia gelak, siap lompat-lompat.

Ermmm betullah orang kata saat paling manis ialah bila anak tengah membesar begitu...Semua yang dibuat manis jer nampak di mata. Najmi paling perasan bila orang-orang kat office ni panggil dia abang hensem, amboiiii tersipu-sipu malu....bukan main...yang aku tak tahan tu ada sekali dia nampak girls yang sebaya dengan dia, dia siap cakap, "mama, awek...awek," ini pak cik Jan ajar masa balik cuti raya hari tu, pantang nampak girl mesti cakap awek...eeeiii nak tergelak ada geram pun ada..

Babah Najmi pun tak sanggup berpisah lama-lama dengan si mulut becok tu..sampaikan mama nak pergi kursus pun babah tak sanggup hantar balik kampung. Haii tak tahulah kalau jadi mama kursus nun jauh beribu batu di tempat asing nanti..rindu-rinduan lah mama...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng