
2003-12-08
Nak cepat update nanti busy...
Hari tu janji nak update cerita kisah raya Najmi yang sungguh seronok bagi kanak-kanak yang akan berusia 3 tahun bulan 3 ni...Ermm sebut pasal usia Najmi may be tahun ni birthday Najmi mama tiada di sisi, kerana kalau kena dengan perancangan dan mendapat kelulusan dari bahagian latihan pihak berkenaan di kala itu mama akan berada jauh dari bumi Malaysia masa itu, kesian anak mama, tapi kalau tak jadi dapatlah mama celebrate birthday Najmi.
Sekarang busy gila, unit dibawah seliaan aku ni sudah berpindah ke tingkat bawah, penatnya...mujur kontraktor yang buat renovation ni, masukkan sekali pakej mengakut barang, so kerja-kerja ku jadi mudah, just tengok jer orang-orang yang mengangkut tu...dan beritahu kat mana nak letak..
Cerita raya Najmi...
Najmi sungguh ceria berhari raya, melaram sakan dia dengan baju poket, dengan jaket sarjan misai dengan topi. Alahai penat dan hilang sabar mama melayan kerenah yang asyik setiap hari nak pakai seluar poket...seluar poket. Sudah pandai memilih baju yang hendak di pakai, geram jadinya kadang-kadang. Iyerlah sudah malam hendak tidur, bila hendak dipakaikan baju tidur tidak mahu, masih hendak seluar poket, masih hendak baju lori, baju ikan, baju kereta (baju yang berkarektor kartun-kartun begitu..)
Sudah malam masih mahu pakai baju raya, ya Allah seluar poket sampai sudah hampir lusuh, mana tidaknya sudah dua hari tidak dibasuh kerana kalau dah basah dia melalak nak seluar poket jenuhlah mama, dua helai seluar poket lagi ada kat rumah ummi. Darling kata dapat gaji nanti boleh pergi tesco beli seluar poket yang murah banyak-banyak. Balik beraya pun begitu, dengan pistol, dengan jaket jeans ala-ala sarjan misai, jadi penghibur mak tok, dan wan. Sekarang pantang tengok pajero warna biru gelap mesti dia jerit..."mama! babah! keter sarjan icai...(sarjan misai)
Kelatah dia yang menguji kesabaran aku ialah, bila berbogel selepas mandi atau selepas dicuci berak/kencing, dia mesti berlari berbogel keliling rumah, kadang-kadang memang hilang sabar, kerana kita sudah duduk, sedia hendak mengelap punggung dia, tetapi dia lari kemana-mana sahaja. Geramnya macam nak di tampar-tampar punggung gebu dia. Tapi sabar sahaja, setan pun masa itulah duduk meyucuk mulut suruh keluarkan perkataan-perkataan tak elok, tapi mujur masih kawal supaya tidak keluarkan perkataan yang tidak elok dari mulut ibu. Geram sangat, sebut budak bertuah saja...
Tetapi satu sikap Najmi yang amat dipuji ialah dia amat baik kalau ada orang datang rumah dan apabila beraya di rumah orang. Dia tidak nakal langsung, orang pun macam tak percaya dia budak lasak. Najmi tidaklah teruk sangat nakal sampai tak makan saman, dia masih boleh bertolak ansur dan mendengar pujukan. Budak jenis yang kalau hendakkan sesuatu benda sampai berguling-guling. Masa datang kat office masa bulan puasa sempena jamuan berbuka puasa office aku hari tu, semua office mate puji Najmi baik, diam dan tidak berlari-lari langung dalam surau macam budak-budak lain, dan tidak nakal, sampai ada bergurau cakap, apa ilmu aku jampi...he.he..
Mana ada jampi cuma aku amalan membaca surah yusuf, surah luqman masa mengandung, mungkin itu banyak membantu. Dan selalu berpesan supaya jadi anak yang baik masa mengandung dulu. Selebihnya mengamalkan memesan ke telinganya semasa dia sedang tidur-tidur ayam, atau lali-lali nak lena, sebab pernah terbaca otak budak akan diransang semasa tidur dan dia akan ingat apa pesanan sebelum dia tidur, jadi semasa dia tengah lali nak tidur, atau dia sudah tidur, cuit-cuit dia supaya dia terjaga mamai-mamai dan cakap, Najmi budak baik, Najmi dengar cakap mama, Najmi tidak cakap jerit, dan segala macam yang baik-baik. Alhamdulillah sudah diamalkan berbulan ada perubahan. Dulu Najmi kepala angin, suka marah-marah jerit-jerit, sekarang tidak lagi.
Lagi selalu selawat ke atas ubun-ubun, semasa tangan masih basah dengan wudhu, amalan orang tua-tua, minta lembut hati anak, sejuk hati. Mudah-mudahan berhasil, sekarang masih terlalu awal untuk dinampak hasilnya Insya-Allah suatu hari nanti moga dia jadi anak yang baik. Never think bad, hubby cakap, selalu fikirkan dia jadi anak baik sahaja, jangan fikir yang tidak elok.
Oh, ya, hendak cerita sedikit beberapa aksi menarik Najmi beraya.
* Semasa kami bersalam dengan tok (ayah darling,) Najmi diberi duit raya, darling salam maknya dan beri duit, bila Najmi bersalam dengan opah, dia tunggu lama lepas bersalam tak gerak, (agaknya tunggu opahnya kasi duit macam tok) bila lama tunggu, dia fed up, last-last dikoreknya tangan opah nak ambil duit ditangan opah. ha..ha..semua orang gelak.
*masa hendak keluar berjalan, Najmi sudah masuk kereta, mama dan masuk, babah dan masuk, opah pun dah masuk, toknya sedang kuncikan pintu, dia jerit, "cepatlah tok, caya dah lambat, tinggal kang," amboii bukan main...
* masa opahnya cakap, "Najmi pergi dapur makan nasik dengan mak," dia jawab, "itu bukan mak, itu mama..nama dia mama..., ini mak," dia tunjuk arah kakak ipar aku yang anak-anaknya panggil mak kepadanya.
*opahnya tersilap sebut, nama danish sewaktu bercakap dengan Najmi, (danish adalah sepupunya) dia cakap pada opahnya, "eh..nama saya Najmi, bukan danish,)
* selalu bila aku bertanyakan sesuatu pada Najmi tidak tidak respon, aku akan cakap, Najmi ada telinga tak? dia akan jawab ada...dan aku akan cakap ada telinga jawab...ada mulut tak? ada mulut cakap..sekali dia tanya sesuatu pada opahnya, maklumlah orang tua telinga tak berapa clear, tiga kali dia tanya opah tak jawab dia cakap, mama, opah tak der telinga ker mama, tak der mulut tak cakap? alahai anak oiiiii....sabar jer lah..
*di rumah kat kedah, sewaktu mak su nya merajuk (najmi panggilnya mak su timah...like iklan telekom) masa waktu merajuk, dai pergi pujuk, suruh mak su cakap dengan dia, macam-macam dia cakap, sampai dah geram dia ambil tangan koyakkan bibir maksunya suruh bukak mulut, sambil mulut cakap bukak..bukak...bila mak su dah tak nak bukak dia cakap, asta ajim....(astagfirullah, hal azim)..dan dia cakap, mak su tak der mulut mama..
* Mak aku kontrol makan abah, sebab takut darah tingginya naik, biasanya dia jadi utusan untuk mintak makanan, sebab mak sangkakan dia nak makan mak kasi, tapi akhirnya semua di beri pada wan...sudah pandai komplot...
* masa wan merungut, wan cakap, jadi hang syok najmi nooo nak apa semua orang bagi makan, aku ni depa tak bagi makan, najmi jawab, wan sakit, wan kena poce....tak leh makan...semua orang gelakkan dia.
* Balik dari bershopping aku terkejutm bila mak tok tanya, "najmi pergi mana," dia jawab, "pergi copinglah mak tok, beli baju raye," aku terkejut sangat, mana dia dapat word soping...aku belum ajar lagi..woww deria pendengaran dan ingatan yang baik.
*bila dia bercakap dengan mak tok, mak su menyampuk, dia akan marah dan cakap, "cibuklah mak cu ni...abang cakap mak tok bukan cakap mak su..." sama jugak kalau dia bercakap dengan babah aku menyampuk dia akan cakap,"abang cakap babah lah...,"dan jeling-jeling kita dan sebut, cebok...eeeeiii geramnya...
* word baru dia dapat..."kecoh jer..., contoh kalau babah dia bising rumah bersepah dengan mainan, dia akan cakap, "kecoh lah babah..," aku tak sure mana dia dapat perkataan itu, tapi aku agak masa di rumah opah, bila sudah ramai sepupu-sepupunya berbelas orang tu berkumpul.
Dia memang menjadi tumpuan kerana mulutnya sungguh becok, sedangkan ada juga anak abang ipar aku sebaya dia, dan tua setahun dari dia, tapi sepupu-sepupu yang dah besar, belasan tahun jarang melayam si danish dan darwish yang agak pendiam, tetapi melayan si mulut becok suka ketawa besar itu. apa lagi, makin hebatnya mulutnya berkata-kata....
« LAMA
::
BARU »