2003-12-01

Raya..raya..dan raya...

Banyak yang hendak diceritakan tetapi tak tahu nak dimulakan bagaimana...

Ermm bermula dari cuti raya yang konterversi...soal pertukaran aku yang juga konterversi...

OK mari mulakan, aku sudah submit cuti raya dua minggu awal, antara orang paling awal sebab aku akan bercuti awal, kerana darling tahun ni giliran dia kerja selepas raya, jadi dia kena bercuti sebelum raya, so seminggu sebelum raya kami sudah bercuti, hari raya kedua, tepat-tepat kejadian tanah runtuh tu darling dan balik ke Putrajaya, tinggal aku dan Najmi di Sungai Petani. SO cuti aku makna bermula dari 14hb/11 sehingga 30/11, atau tepatnya aku bercuti sepuluh hari tanpa cuti umum, campur-campur cuti umum, semua-semua jumlah aku bercuti ialah 16 hari, mana tak konterversi. Boss bertanya juga, tetapi aku cakaplah seikhlas hati, aku ikut suami yang tidak dapat bercuti selepas raya, tambahan pulak kami kena balik dua rumah.

Aku bagitua keadaan abah yang uzur, tidak dapat kemana jadi peluang balik kampung kami gunakan sebaik mungkin utk bersama mak dan abah yang memang uzur. Walau agak keberatan tapi bos bagi jugak. Soal pertukaran jugak agak konterversi apabila aku kemukakan surat tukar, tetapi bos tak suruh fikir balik, bos kata sayang nak lepaskan aku..ermm bagus ker anak mak ni?? sampai bos cayang-cayang...he..he..orang lain mintak cuti 6 hari kena soal macam-macam sudahnya jadi 4 hari jer cuti, aku cuti 10 hari...tapi tahun depan bos tak kasi, aku masih dalam dilema samaad perlu teruskan urusan pertukaran atau, tidak. Kena buat istikarah kot. Insya-Allah.

Maaf pada Rudi yang memesan labu sayung dan pasu ala-ala tempayan seperti hiasan di rumah kami, kerana sebelum raya kami sibuk dengan Najmi yang demam, dan berubat sana sini. Lepas raya kami ke tempat membuat pasu tidak bukak pulak tempat itu, tempat lain adalah tetapi tidak menarik pasu-pasunya design dan colour yang biasa sahaja. tidak sama seperti yang berwarna coklat klasik seperti di rumah kami, nantilah Rudi yer...tapi akak mesti beli...

Kami berpuasa 6 hari di Sauk, Kuala Kangsar. Seronok berpuasa di kampung darling sebab rumah kampung tepi bukit, dikeliling pokok kayu, memang sejuk, tidur tengahari pun tak payah bukak kipas, bayangkan sejuknya. Sebab aku ni jenis hidup mesti bukak kipas panas memanjang. Tetapi di rumah darling memang sejukjer, lepas mandi lagilah menggigil, seronok...

Selepas berbuka puasa 21/11 (khamis) kami bertolak balik ke Sungai Petani, esoknya kami buat kuih raya, aku dan wani. Cuaca sangat panas. Panas terik membahang, tidak tertahan rasanya...darling bergurau dengan mak, katanya kami ni musafir kalau tak posa tak dosa...semua orang gelak. Masa balik Sungai Petani tu aku dan darling round-round tengok banyak kawasan perumahan tengah dibangunkan seronoknya kalau dapat duduk kat kedah, rumah 100K pun dah boleh dapat banglo setingkat, kalau bajet 140k-160k lagilah dah dapat banglo dua tingkat, kat sini setakat rumah 120k tu baru dapat rumah teres tidak sebesar mana pun. beli sampai dekat 200K pun tidaklah sebesar mana juga.

Jeles jugak tengok member sekolah dulu kerja biasa-biasa jer suami isteri sudah beli rumah 115k, ala-ala country home, siap ada pengawal lagi. eeeii bestnya..kami ada juga angan-angan nak buat rumah, kat kedah tu ada juga tanah yang diberi abah, tanah pusaka yang sudah diturunkan kepada kami adik-beradik dan ada bahagian masing-masing cukup kalau sekatat nak buat sebiji rumah, dan darling pun sudah mak ayah beri tanah, baik tanah di Sungai Petani atau di Sauk, lokasi memang baik, tepi jalan jugak. he..he..lagi best kat Sungai Petanilah, sebab dekat dengan pekan, ada Mcdonald, ada pizza hut, he..he...jgn maree darling. Tanah sudah ada, tetapi macam mana nak buat rumah tuannya kat sini.

Aku cadangkan pada mak aku nak beli rumah kat sana, dan nak suruh dia duduk rumah aku, dia tak mau, dia suka duduk kat rumah skrang. Dia kata kawan-kawan situ semua best. memang tak dinafikan. Tetapi rasanya nak juga beli rumah kat sana bajet dalam 120-160k masih tahap mampu, dan masih boleh dapat full loan gomen lagik. he..he..tapi kalau beli nak sewa kat SP tu paling tinggi pun sewa 4-5 ratus jer..alahai...entahler. tetapi memang geram tengok rumah kat sana, cantik-cantik dan murah...kalaulah darling kerjanya boleh mintak tukar, dah lama aku mintak tukar, dan kami balik duduk sana. ni apakan daya, darling bukan kerja gomen.

ehhh dari cerita raya meleret cerita tanah dan rumah pulak...

aduh..banyak nak cerita sambung esoklah, cerita si mulu becok Najmi...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng