
2003-11-08
rindu..rindu dan rindu...
Hati ini sarat dengan kerinduan...rindu yang tidak pernah padam..
Coretan rindu ini khas buat emak..
Mak...orang rindu mak ni...rindu nak makan masakan mak..rindu nak berbuka puasa beramai-ramai...
Walau kini dengan tugas terbeban di pejabat, selalu membawa orang keluar masuk hotel, tidur kat tilam empuk katil hotel, sejuk air cond, tapi orang rindu dengan tilam getah dan katil spring dua tingkat yang kat rumah dulu, katil tu, orang ingat lagi, abah bawak balik, jabatan dia punya, sudah jadi harta untuk dilupuskan, jadi diberi kepada kakitangan yang hendak. Masih elok lagi, seronoknya katil tu boleh lompat-lompat, tilam berat sebab macam getah, eeeii walau buruk, walau tilam tu dah berlubang-lubang itulah nikmat tidur yang dirindui sekarang.
Walau orang keluar masuk hotel, ada seminar, kursus, out station atau atas sebab apa saja, makan kat hotel sedap-sedap, tapi mana sama dengan masakan mak. Masakan yang mak masak dengan penuh kasih sayang. Mak masaklah apa saja, mesti sedap. Mee sanggul mak best, mee kuah best, bihun sup best, gulai nangka best, gulai pisang best, masak lemak jantung pisang best. Masaklah apa saja, tidak ada yang tidak best melainkan best belaka.
Dulu kalau tak der apa sangat dalam peti ais, mak sekadar tumbuk cabahi hidup (cili merah besar tu..) dengan bawang merah, ketuk serai, kutip daun cendehom (daun kesum), letak asam keping sikit, rebus dengan ikan kembung. masakan simple begitu pun terasa sungguh sedap, padahal asam rebus jer. Sedap sungguh. Sekali sekala, mak turun ke tepi hutan dekat sekolah tu, mak kutip daun pucuk ubi, ambil jantung pisang, buat masak lemak. Amboii sedapnya masak lemak jantung pisang campur ikan bilis dan telur mak...tak der tandingan. Mak kalau pergi mengutip jantung pisang dan pucuk ubi mesti dengan geng kamceng mak, iaitu Mak Mah dan Mak cik Zaharah. Rumah Mak Mah ada buah macang, kalau Mak Mah bagi jer buah macang, terus mak tumbuk sambal, kemudian tenyeh-tenyehkan dengan buah macang, eeeii sedapnya.
Bulan-bulan puasa begini pukul 4.30 mak dah sibuk kat dapur, orang pulak masa ni baru nak tidur atau sibuk tengok tv. Tengok drama rumah kedai, rindunya nak tengok drama rumah kedai. Orang tengok drama rumah kedai, drama Wardah, drama itu, ini..mak bebel mulut bising, "aku penat sorang-sorang kat dapoq, hang pa dok melengkaq depan tv," tapi kami buat derk jer, lama-lama mak bawak senduk mai depan tv mak cakap, "Nak aku ketuk dengan senduk ni baru nak turun tolong!!!,"
Takut kena ketuk kepala dengan senduk barulah turun, kupas bawanglah, perah santanlah, tumis itu, ini. potong itu ini, dalam hari bengang jer mak, tak boleh tengok tv. Tapi hari ini, saat ini, orang ucapkan terima kasih kepada mak kerana bebelan mak, ugutan mak nak ketuk kepala dengan senduk itulah orang boleh jaga makan minum menantu mak tu dengan baik. Orang tak malukan mak bila dah kawin, bila mak mertua orang nak makan nasi tomato, nak makan kari ikan, nak makan kerabu taugeh. Sebab semua-semua tu orang dah biasa buat sangat bila kena buat dulu-dulu.
Bayangkan mak, kalau mak tak ugut dengan senduk, kalau mak biar jer orang tengok tv, amk biar jer orang tidur, mak biar jer orang nak bermain suka hati, mesti orang gabra bila mula-mula kawin dulu mak mertua orang yang tak berapa sihat teringin nak makan itu, mesti orang malu, mesti mak malu. Tapi mak memang best, mak train orang tanpa sedar. Masa dulu memanglah orang rasa menyampah, mak asyik suruh masak-masak, kemas rumah, sidai kain, lipat kain, bilas kain, angkat baju, jemur baju, tapi sekarang orang tak kekok buat semua benda tu. Mak kata, "hang tu anak sulung, kalau malaih, esok-esok adik-adik lagi baloq," (baloq, is the word malas in BM standard)
Bila petang jer orang dah paham-paham kena kutip kain, lipat kain, kalau tidak," Nak kena aku suruh baru kain tu nak naik atas rumah, nak kena aku suruh baru kain baju tu nak berlipat?," Kemudian meleretlah dari isu tak angkat kain, melarat ke," ni sampah-sampah ni kalau aku tak sapu, berlonggok saja kat depan ni," kemudian, pinggan mangkuk dalam sinki ni lagi tak berkulat, tak berdaki tak basuh lah kot," masuk pulak bilik, sambung lagi, "Bilik hang pa ni, sarang tikus lagi elok, kain baju berlonggok sana sini macam ulaq sawa melengkaq (melingkar), cadar tak serupa cadar," masuk bilik air pulak, "bilik air ni, kalau aku tak cuci, berlumutlah, hang pa boleh mandi dalam bilik ayaq kotoq macam ni,"
Tu dia tuan-tuan dan puan-puan lihat, mak saya, dari isu tak angkat kain baju sahaja, dia boleh menyambung isu-isu yang lain. Hebatkan?? tapi mak bebelan mak itulah yang amat orang hargai sekarang. Orang rindu pulak dengan bebelan mak begitu. Kalaulah dulu mak tak bebel mesti orang jadi bebal kan? Dah paham dah, petang mesti angkat baju, lipat, kalau orang datang mesti duduk dapur, atau mana sajalah asalkan tidak melangut depan orang-orang bersembang, kalau dekat-dekat tak pasal-pasal kena cubit. Kalau orang datang rumah paham dah kena capat-cepat turun dapur, jerang air, rendam teh. Susun cawan, susun biskut atau apa saja, tak payah tunngu mak suruh, kalau dak, "hai anak dara ni, bukannya nak reti..bla..bla..bla..depan orang pun kena..."
Kalau pergi jalan rumah orang pun sama, kena pergi dapur tolong apa patut, sudah habis minum kena angkat pinggan pergi dapur, kena siap basuh, walau tuan rumah kata tak payah. Orang rindulah mak...
Tak apalah lagi beberapa hari saja lagi orang nak balik, nanti kita makan sama-sama tau, nanti kita buat kuih sama-sama dengan cucu mak.. Zaman sudah berubah, dulu-dulu mak buat kuih orang tolong, sekarang orang buat kuih mak pulak tolong kalau tak pun mak tolong tengokkan cucu maklah. Dengan cucu mak, amboiii bukan main, bagi pecah pasu, pecah cawan mak boleh gelak...mak boleh dukung cium-cium lagi, kalau anak-anak mak..."dah lama dah...,"
oklah mak, orang nak balik..salam sayang buat mak dan abah...
« LAMA
::
BARU »