Puasa yang mendamaikan...
Sungguh tenang dan selesa berpuasa ramadhan kali ini.
ALhamdulillah, demam teruk seminggu sebelum berpuasa,
sampai 2 kali pergi klinik, muntah, sakit kepala
teruk, gara-gara mencuba ubat supplement dari satu
produk ni, dan hasilnya semua toksin-toksin dalam
badan dikeluarkan. Demam teruk dan syukur kini sihat
dan badan pun makin sihat, puasa tidak letih sangat,
syukur. Cuaca di ramadhan pun bagus sejuk sahaja tidak
panas, terutama kalau dioffice aku, aku sudah terasa
macam berada di kutub utara. Sejuknya, sampai kena
berstokin, kena pakai blazer kerajaan kasi free macam
tokoh korporat dalam drama melayu jer. Sejuk sungguh
pergi surau ambil wudhu pun terketar sejuk macam ambil
air dari peti ais.
Semalam pergi pasar ramadhan di Serdang, ermmmm masih
ada saki baki setan yang kena ikat terlepas kot. DOk
bisik-bisik kat telinga..belilah murtabak, belilah
otak-otak goreng, belilah karipap, belilah wadey,
belilah ayam bakar..itu ini..sedar tak sedar habis
duit berbelas ringgit jugak, belikan juga murtabak dan
buah melaka untuk baby sitter Najmi.
Najmi semalam frust tak ada cerita polis. Tapi dia
dapat tengok TVIQ kat astro tunjuk kapal terbang,
tunjuk mengenai transportation. Sukalah dapat tengok
lori dan sebagainya. Sekarang ni bukan main demand,
nak tengok tv sudah pandai pilih-pilih, bukak itu tak
kena bukak ini tak kena, sudahnya aku petik button 9
kat remote astro tu, keluar semua gambo-gambo kecik
cerita-cerita yang sedang on air sekarang suruh dia
pilih chanel mana dia nak. Sabo jerlah.
Melayan kerenah Najmi adakalanya hilang sabar, aku
pulak jenis cepat tangan. Kadang-kadang spontan, tanpa
sedar tangan aku menampar lengan dia ker kaki dia,
(aku elakkan memukul bahagian kepala) seperti semalam,
dalam bilik air dia mmg nakal kalau dalam bilik air,
kejap nak gosok gigi, nak sabun, nak cuci muka (kes
tengok aku cuci muka) eeiii sabo jerlah bila cakap kat
dia, budak kecik tak boleh cuci muka dia cakap
ok...kadang kala dia baik dengar cakap, kadang kala
menangis nak jugak sesuatu benda. Ok semalam semasa
mandikan dia, aku flushlah jamban kasi wangi, aku
letakkan sedikit dynamo, bila flush tu berbuihlah,
boleh dia pergi celupkan tangan dia dalam mangkuk
tandas tu, sponton jer aku tertampar kat punggung dia,
lepas mandi aku kaver-kaver tak kasi dalring nampak,
nanti aku kena marah. Sebab Najmi ni kulit cerah,
kalau tampar sikit pun dah melekat merah. Kemudian aku
cakap, "mama mintak maaf yer," dia cakap
Ok...favourite word dia cakap ok..ok...
contoh kalau cakap, mama nak mandi, Najmi tengok
kartun yer..dia cakap..OK..abang good boy...
Ermmm ada orang minta nak tengok gambar Najmi dah
beso..bukan gambar baby-baby dulu kat icon glamour aku
tu...ermmm oklah untuk tidak menghampakan permintaan
mereka-mereka dengan ini p-nut online mempersembahkan
gambar-gambar terbaru Najmi...yang tidak berapa baru
sebenarnya, tapi dia tak berubah macam tulah
dianya...
OKlah P-nut online mempersembahkan Najmi the polis...
sila ke link glamour