2003-11-05

Boringnya...

Boring sungguh hari ini, kerja ada, tapi belum dapat maklumat dari boss. Ermm kena tunggu bos, surf ke jurnal-jurnal orang lain, lama aku tidak merayap jurnal lelama macam masa aku ekrja akt tempat misai dulu, banyak jurnal-jurnal baru yang aku langsung tidak pernah baca. Balik-balik baca jurnal-jurnal yang sama, yang sekroni jer..dan semalam aku jengah-jengah ke banyak jurnalis baru-baru, ermm not bad, menarik tulisan mereka di dalam jurnal, tahniah buat mereka. Aku menulis jurnal ikut sedap hati, tiada bermadah berbahasa bahasi...hentam sesedap rasa.

Semalam pergi pasar ramadhan kat presint 9 pasar ramadhan yang sungguh hebat itu. beli murtabak dua biji, karipap sardin seringgit (3 biji) karipap kentang biasa tu, seringgit (3 biji jugak) beli laksa, biasalah, kali ni beli dua sebab housemate saya tu malam sebelumnya sudah mencedok dua tiga sudu semasa saya makan laksa yang berapa best tu, dan semalam kita pun belilah dia satu, laksa yang kat presint 9 ni sedap sikit. tukang masaknya orang kedah, kuah pekat tapi sikit, iyerlah RM1.50 satu, tak puas makan, nak beli dua banyak sangat pulak.

Beli lauk pauk sungguh mahal lauk kat makcik tu, aku beli asam pedas ikan tenggiri seketul, gulai lemak telur itik sebiji jer telur tu, dan sambal ikan bilis aku rasa sambal tu adalah dalam 4 sudu kot, semuanya RM6.50, wowww!! pengsan kalau orang kampung datang membeli kat Putrajaya ni. Oh ya sebut bab mahal, korang baca tak komen Orang Kampung dalam forum Utusan Malaysia mengenai harga kopi kedai kopi kat Selera Putra, Masjid Putrajaya, aku rasa tukang bagi komen tu memang betul-betul orang kampung, walau dia cikgu, tapi aku rasa dia cikgu yang kurang pengetahuan kot.

Dia komen harga kopi ais yang dibeli di kedai kopi itu RM10.50. Ha..ha..kami gelak bila baca sebab dia kata kedai kopi menggunakan nama sebuah tempat di Amerika. iaitu S** Francisco Coffee, of courselah...tempat class begitu memanglah, kenapa dia pergi minum kat tempat begitu, kenapa tak minum jer kat kedai mamak sebelah kanan tu, aduhai...tempat begitu memanglah mahal sebab dia ada jenama. Lagipun takkan cikgu tu tak baca dulu senarai menu dan harganya. Ini terus komplen dalam surat khabar. kelakar pun ada. kesian pun ada. Kalau yang komplen itu betu;-betul orang kampung yang tak tahu menahu hal ehwal semasa ok jugak, ini dia seorang guru, malunya...cousin aku cikgu, dia cakap buat malu jer, lenkali janganlah mention dia kerja cikgu. Cikgu yang komplen itu pulak bukanlah dari ulu Banat tetapi dari Kuala Pilah jer.

Ok lupakan soal cikgu dan kopi ais mahal dia.

Berbalik soal berbuka, aku frust nak masak sebab kalau masak sikit pun mesti tak habis. Sabtu lepas aku beriya buat mee kuah. Buat setengah bungkus jer, itupun boleh kasi Kak Ayu, jiran sebelah semangkuk. Bakinya kami makan berdua, itupun tidak habis, sayang rasanya beli bahan mentah nak buat mee tu berbelas ringgit, makan sorang sepinggan dah kenyang. Tak boleh masuk lagi. Darling cakap jangan masak membazir, beli lauk sejenis dua cukup untuk kami berdua, makan berbuka dan sahur. dan Iya, aku beli seketul ikan tenggiri semalam masih ada lagi sekerat lagi, gulai lemak telur tu aku paksa darling habiskan, pajeri nenas beli 4 keping 2 ringgit masih ada lagi 3 keping nenas, aduhai...

Cuma hari sabtu ni aku bercadang nak masak best sikit, kebetulan adik ipar nak datang, dalam hati ni sudah plan nak masak nasi tomato, ayam masak merah, kurma daging dan kuah dalca campur dan jelatah orang perak kata, iaitu, nenas campur timun digaul dengan garam dan gula tu...ermm sedapnya....nyum..nyum..tak sabar tunggu sabtu, kalau buat sekarang tak best..

Cerita Najmi...

Semalam aku terpaksa menonton drama Peronda Lebuhraya di TV2 jam 5.30-6.30 petang, sebab semasa tukar-tukar channel kat tv, tertekan chanel 2 dan Najmi pun sudah nampak kereta polis, dan dia jerit..."mama....abang nak tengok pulis!!, jangan tukar...," habislah peluang aku nak tengok cerita best kat astro. Sudahnya mengadap cerita yang lebih teruk dari Gelak Khas yang Mat Jan dakwa itu. Menyampah betul tengok drama yang teruk betul arahannya. Macam terasa diri ini diperbodohkan oleh pengarah, nak buat cerita biarlah real. Ini takkan perompak merompak di kawasan rehat R&R lebuhraya, dia nak lari mana kalau dalam lebuh raya, merogol pun dalam kawasan highway, bangang sangatkan perogol dan perompak tu. Kemudian pulak driver teksi yang disyaki rogol penumpang itu ditangkap, tetapi bukan perogol sebenar, perogol sebenar masih aktif merogol lagi, tetapi surat khabar dalam drama tu, sudah keluar berita serta gambar dengan jelas menunjukkan tajuk perogol di tangkap. Setahu aku selagi belum ada bukti dia belum dikira bersalah, dan yang peliknya, suspek tu cakap dia balik hantar bini dia bersalin, polis tka check ker, dengan hospital, dengan isteri dia.

Kemudian pulak masa kejadian dan masa itu suspek balik kampung, pelik aku, pengarah tidak terfikirkah? Sebab itulah yang menonton semua tahap budak-budak jer yang masih belum tahu berfikir.

Dahulu sekali aku tengok drama Gelak Khas tu lah, ada satu pelakon samseng bergaduh dan dia tuding-tuding jari ke arah musuhnya, jelas nampak bulu ketiak banyak sebab dia pakai singlet. Tiba-tiba kemudian dia di tangkap, di ikat tangan ke atas di sebatang tiang, masa itu bulu ketiaknya clear tidak ada sehelai pun....hampeh punya pengarah dan pelakon....ada ke begitu, kena tangkap dengan musuh pun sempat bercukur bulu ketiak ker? darling gelakkan aku, katanya takkan aku prihatin sampai macam tu, dah memang ketara....

dan semalam sejam lah aku melayan kerenah pulis kecik kat rumah tu, masa menonton tu pun bukan mainlah, mintak topi, mintak jaket dia, mintak pistol. sabo jerlah, kemudian mintak seluar poket...seluas jeans yang banyak-banyak poket tu, haru betul...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng