
2003-11-04
Cerita-cerita pasal pasar ramadhan
Hari tu aku cerita pasal pasar ramadhan kat Putrajaya kan? dan kini Cik Daun telah menulis mengenai Pasar Ramadhan kat salah satu dari 3 pasar ramadhan kat sini, pergilah lawat website dia untuk keterangan lanjut.
Walaupun pasar ramadhan Putrajaya tidak meriah seperti tempat lain dan makanannya yang agak mahal, tapi oklah ada jugak. Daripada kena keluar jejauh, ke bangi atau serdang. Tapi aku suka pergi serdang murah betul makanan dia. Suka...
Mama jangan nakal tau..
Pagi tadi masa hantar Najmi pergi rumah Ummi (baby sitter) masa kami naik Lif, tiba-tiba Najmi tanya:
Najmi: mama nak pergi maner ni mama?
Mama : Mama pergi kerjalah,
Najmi : Ok, mama pergi kerja baik tau, jangan nakal.
Terus aku gelakkan disitu juga, dia marah...dia cakap jangan nakallah...
ha..ha...cutenya dia, selalu aku dok pesan dengan dia, Najmi duduk rumah ummi duduk baik-baik jangan nakal, dengar cakap ummi. Tetapi hari dia pulak pesan dengan aku, mama jangan nakal.
Semalam pun Najmi solat, mula-mula ambil wudhu' habis basah baju, konon ambil wudhu'. Sembahnyang angkat tangan Allah wabat...kemudian bacalah Kanaq budu kanaq taeem...itulah diulang-ulangnya...kanaq budu kanaq taeem. kemudian rukuk, sujud terus baca doa, kemudian lipat sejadah, datang pada aku yg tengah tengok Tv, dia cakap, mama sudah, abang colat dah...kelakarlah.
Darling cakap, Najmi buah hati babah, penghibur babah...dan memang anak itulah penyambung zuriat, dan sungguh indah dan manis membesarkan anak. Walau banyak kerenahnya yang sungguh mencabar kesabaran. Macam kalau makan ubat, kalau kat rumah bukan main susah nak makan ubat, kalau kat rumah ummi senang jer makan, siap bagitau umminya lagi, lepas ubat ni, makan ubat ni, siap tunjuk ini ubat batuk, ini ubat demam. Kat rumah pun tak nak makan...susah betul nak makan nasik ke apa..
Daging bakar cicah air asam
Eeeii sedapnya kalau dapat makan daging bakar cicah air asam. Sangat sedap...aduhai...tak sabar tunggu minggu depan, kami nak balik kampung. Seronotnya..
Aku heranlah tengok orang-orang yang berada dekat dengan family, tetapi tidak mahu balik berbuka dengan keluarga walau dihujung minggu, aku ni kalaulah family dekat-dekat sini, jangan kata hujung minggu, silap-silap hari kerja pun balik juga. Tetapi kalau family duduk sini mana best, tak merasalah nikmat balik kampung. Tak merasalah nak makan daging bakar cicah air asam kat pasar ramadhan di Sungai Layar, (org kedah sebut Sg. Layaq) bestnya!!!
Semalam beli laksa lagi, aku memang hantu laksa..setiap hari makan laksa pun tak apa. Tetapi sungguh mengecewakan tidak ada satu pun laksa yang dijual di Putrajaya ni memenuhi kriteria laksa kedah yang kuahnya pekat, yang ada kuah cair, macam kuah asam pedas rebus jer...tak pandai buat laksa nak berniaga laksa, tak best langsung. Macamlah dekat kuala kangsar yang heboh kat lembah tu laksa best..laksa best..berderet kedai orang jual laksa, aku cakap kat darling kalau depa tu berniaga laksa begitu akt kedah aku bagi tempoh seminggu jer, kemudian tutup lah..
Kat Kedah tak ada orang jual laksa kuah cair. mesti kuah pekat sedap...sebab itulah kalau aku geram sangat aku buat sendiri laksa, tapi buat laksa renyah sikit. Eeeiii ahad ni nak buat laksa lah...ehh tak boleh ahad ni nak projek kuih raya dengan adik ipar. Ermm tart nenas on the way....
ok, sudah time hendak pergi tidur..
« LAMA
::
BARU »