2003-11-03

Tak ada rezeki...

Kecewa...adalah sikit...

tak kecewa...ada jugak...banyak kot..

kenapa?? adalah....

WKF 77** masih jadi hak milik kami...

X OIC *** bukan rezeki...bukan tak ada..kami pulak yang tidak hendak susah payah diri sendiri. 14 hb sudah hendak balik kampung, susah kalau X OIC *** tidak dapat lagi masa itu, macam mana nak balik kampung??keputusan di buat kami tidak mahu X OIC *** itu. Padahal, rugi juga kalau difikirkan sebab murah sangat harga yang diberi...

Tak apa...bukan rezeki, kalau sudah menjadi rezeki, lepas raya nanti baru nak fikirkan kembali, itupun kalau masih ada lagi X OIC ***

Cuti Sabtu kami tidak kemana, Najmi demam, risau mama dan babah. Petang lepas asar, bawa pergi klinik, lepas makan ubat ok sikit. Malam masa babah tengah terawih badan dia panas dan mengigil aku takut sangat, sebab dua kali dia pernah kena tarik, begitulah keadaannya. demam terketar-ketar, dalam keadaan panik begitu aku ambil ubat demam yang sumbat ikut punggung tu, aku masukkan ke dalam punggung, tetapi kami tetap bawa ke Hospital Putrajaya, sebelum tu di rumah kami sudah check suhu dia 39.2 darjah celcius dah, memang tahap panas yang boleh menyebabkan dia kena tarik. Bila sampai di hospital, suhu sudah turun 38 darjah. AKu lega sebab dia sudah tidak terketar-ketar lagi. Malamnya aku tidur-tidur ayam sahaja sebab berjaga-jaga takut demamnya melarat. Syukur ok sehingga pagi.

Hari Ahad, dia sudah ok, pagi-pagi aku mandikan dia, segar sedikit, aku pujuk-pujuk dia makan sebab dari semalam dia tidak makan apa-apa, dapatlah dia makan biskut cicah milo sekeping, roti cicah milo sekeping, kemudian aku belikan coco crunch, dan set honey stars yang pack kecik-kecik tu, habis juga sekotak dia makan, jadilah. Kemudian dia main-main kat dapur, di buka kabinet dia jumpa bekas kiub untuk buat air batu dia main-main kiub tu dan pura-pura menyuap makanan dari bekas kiub tu, dan aku dapat idea, aku letakkan bubur nasi dalam bekas tu, dia suruh dia makan. Alhamdulillah, habislah jugak dalam 10 sudu bubur nasi tu.

Sejak akhir-akhir ni selera makan dia sungguh teruk, dia tidak suka makan, puaslah kami pujuk bermacam makanan dia tak mahu, agaknya dia sudah biasa makan makanan kelantan yang manis-manis kot. Ermm anakku sudah pandai cakap kelantan...kelakarlah pulak bunyinya kadang-kadang. Takut, dia cakap takuk...Tapi Najmi sungguh petah, mulut macam murai. Segala macam soalan dalam sehari ditanyanya. Penat kita nak menjawab, kakak kat opis aku kata biarlah, budak cerdik memang suka bertanya. Amin..mudah-mudahan makbul cakap kakak itu.

Hari ahad, darling bawa dia pergi cuci kereta, iyerlah upah dia makan ubat dan makan bubur, dapatlah pergi jalan-jalan, aku tak ikut sebab aku nak tidur, sakit kepala semalaman tu asyik terjaga jengukkan Najmi yang demam. Babah cakap, letih babah melayan mulutnya yang asyik bertanya..bila orang sembur sabun dia tanya apa tu...kenapa dia buat cam tu? bila di jawab sabun, di tanya lagi ngapa sabun? bial budak cuci kereta alihkan kereta ke tempat lain, dia sibuk tanya, kenapa dia bawa keter babah? kenapa babah duduk sini...aduhai Najmi, si mulut becok. Kadang-kadang cakap nya tidak kami paham. Maklumlah masih pelat-pelat. Tetapi syukur dia mudah disuruh dan faham arahan yang diberi, walau puas kita bagi arahan.

Semalam juga kami pergi beli baju raya Najmi, sudah beli sehelai jeans kat Poney dan T-shirt Poney di The Mines sebalum puasa hari tu, amboi sehelai khakis budak kat Poney pun harganya sampai RM69.90, sehelai t-shirt sampai 30 ringgit. tetapi ada 70% tinggallah dalam 50++ bagi kedua-dua helai jeans dan t-shirt tu. Semalam pergi Hugo Kajang, ingat nak cari lagi sehelai jeans kaler biru pulak jumpa sehelai baju yang macam makanik kereta selalu pakai tu, yg macam rompers tu, mahallah pulak sampai 50 ringgit, tak ada less bosannya, tetapi beli jugak sebab malas nak mencari kat tempat lain. Dan beli dua helai t-shirt.

Ishhh baju budak lelaki mahal betul, beli tiga helai pakaian semalam tu sudah 80 ringgit. Tetapi beruntung budak zaman sekarang, mak bapak shopping kat kat shopping complex canggih-canggih, walau pun beli masa tengah sale, tetapi baju berjenama. Kalau dibandingkan dengan zaman aku kecil-kecil dahulu, pakai baju kat kedai kedai Supermarket Rakyat, atau supermarket Kotaraya kat Sungai Petani, atau pun beli kat kedai Othman Store, biasanya kat Othman Store beli kasut raya. Dulu-dulu beli baju tak ada jenama langsung, janji baju baru. Iyerlah zaman aku kecil, itulah pilihan supermarket yang ada kat Pekan Sungai Petani, bila dah besar sikit, dah sekolah menengah barulah ada The Store, Warta dan lain-lain.

Zaman sekolah darjah 2-3 lagi best, sekolah kat Changlun dan Kodiang, apa lagi baju jenama Abidas, Lotto, Chitah siam ler, maklumlah dah dekat sempadan. Kasut pun kasut siamlah. beli skrit, baju gaun semua siam punya, mak beli dengan orang siam yang datang berniaga ala-ala 'car boot sale' kat berek tempat kami tinggal masa tu, beli hutang bayar 2-3 kali. Ataupun beli masa Siam bawak barang-barang junjung atas kepala tu. Eeiii manisnya kenangan...Bila time nak balik raya rumah Tok kat Penaga, abah usung kami adik-beradik naik bas dari Changlun/Kodiang ke Alor Setar, dari Alor Setar ke Butterwoth naik bas, seronok bukan main dapat naik bas balik kampung.

Budak-budak sekarang mana ada, beli baju kat gedung-gedung besar, kalau kat KL ni kat Sogo, The Mines, kat Jaya Jusco. Iyerlah dulu-dulu kita tidak mampu merasa nikmat begitu, biarlah anak-anak rasa, tetapi tidak berlebihan, masih menengok harga kalau mahal tidak beli, kalau beli pun masa sale. Itupun cari yang diskaun paling hebat. 50-70 %. Untung pulak duduk di KL banyak pilihan. Baju yang berjenama ni tahan lama, macam baju-baju raya Najmi tahun lepas masih elok lagi warna dan kualitinya cuma sayang sudah tidak muat. Simpan utk adiknya nantilah.

Lagipun aku fikir bukan selalu beli baju untuk Najmi, kami memang beli baju cantik hanya untuk raya, bukan macam sesetengah orang yang memang geram tengok baju budak dan selalu beli, kami jarang beli baju cantik, baju pakai hari-hari tu beli yang longgok-longgok punya jugaklah. Bertuahlah budak-budak sekarang. Macam anak-anak kakak ipar aku, baru-baru diaorang datang KL, membeli belah baju raya, amboi beli jubah sehelai 80-90 ringgit seorang. Itu sehelai tu, aku dulu 90 ringgit boleh beli 3-4 helai. ermmm risau juga, takut-takut nanti jadi lemak pulak anak-anak, asal nak beli baju mesti beli kat tempat yang ada jenama. Ermmm susah kan???

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng