2003-10-31

AKu yang bosan..

Aku bosan...bila bulan-bulan puasa begini aku menjadi amat malas di office. Sebab aku asyik teringatkan raya, dan betapa seronoknya jika aku berada di Sungai Petani, berada di pasar ramadhan di sana membeli juadah berbuka, beli daging bakar cicah air asam, beli ayam panggang, beli gulai nangka periuk besar mak cik yang setiap tahun berniaga di tapak yang sama dan lauk yang sama. Sungguh sedap gulai nangka mak cik tu, dia hanya jual sayur keladi, gulai nangka, gulai ikan kering, kari ikan, gulai pisang, dan suami dan anaknya pula akan membakar daging, ayam dan ikan, daging itu dijual ikut timbang, rasanya 100 grm dua ringgit. Sedapnya daging bakar mak cik tu dicicah air asam. Mak cik tu jual sedikit sahaja lauk pauk tapi periuk dia besar sebab gulai-gulainya memang sedap dan dia ada pelanggan tetapnya saban tahun. Wah beruntungnya bekerja dikampung, berbanding anak perantauan seperti aku ni. Lambat lagi nak balik berbuka puasa dengan keluarga, balik pun dah hujung ramadhan, jadi dah tak ramai orang berniaga.

Uwaaaa aku teringin sangat nak makan lauk pauk utara. Kerabu perut campur tomato, kerabu taugeh. Eiii sedapnya. Gulai ikan kering tumis darat, gulai nangka tumis darat, kat sini mana ada orang masak begitu, balik-balik pisang muda dibuat gulai lemak, samalah macam nangka, gulai lemak...gulai lemak....pisang dan nangka sungguh sedap dimasak tumis darat.

Kemudian ada laksa buyung, iaitu laksa yang kuahnya dimasak didalam buyung menggunakan dapur arang, sedapnya, mana ada laksa buyung kat sini??? Nak lagi sedap dapat makan gado-gado, eeiii kalaulah kedah tu 2 jam perjalanan mahu aku balik kedah malam ni jugak.

Semalam pergi melawat seorang rakan di pejabat ni, isterinya bersalin, isterinya kenal jugakler, sebab selalu jumpa bila time jamuan-jamuan keluarga dan sesekali isterinya datang ke office jugak. Baby girl 2.8kg. eeeii geram tengok, comelnya tidur nyenyak begitu, Najmi punyalah suka tengok baby, tak sabar nak adik yer abang...Sekarang kami dalam usaha menambah ahli keluarga, harapnya ramadhan akan membuahkan hasil..he..he..Najmi sudah 2 tahun setengah lebih, so kalau dapat adik usianya sudah 3 tahun lebih, Insya-Allah aku dan darling boleh handle. Muda-muda ni lah nak beranak, esok dah umur 40 takkan nak beranak lagi. Moga usaha kami akan mendapat keberkatannya.

Najmi dulu senang 'jadinya' tak sempat mama dan babah berbulan madu he..he..harap-harap kali kedua tidak ada masalah. Najmi lahir cukup-cukup 9 bulan kami berkahwin. Itupun sebab dia lahir tidak cukup bulan. Ingat lagi masa aku check kat klinik, bila doktor sahkan kehamilan itu, doktor tanya sudah lamakah berkahwin, aku tunjukkan inai di jari masih ada saki-baki, doktor perempuan itu cakap bersyukur dan beruntungnya awak, ada orang tunggu lama baru nak melekat. Ya syukur kepada Allah. Najmi pun tidak susah dan banyak kerenah masa kecilnya. Sakit demam sikit-sikit tu biasalah. Tetapi yang penting dia tidak meragam malam, sekali dua adalah bangun menyusu.

Sekarang tidur malam ku susah nyenyak sampai ke pagi, Najmi tidak lagi bangun menyusu, dan dia sendiri tidak minum susu hanya sesekali. Ermmm..aku sudah rindukan wangi bau baby. AKu rindurkan baby yang suka mengeliat. Aku rindu nak tengok baby tidur dalam bakul, sungguh comel!! Aku rindu nak tolak stroller baby pergi bershopping. Moga Allah bantu dan restu usaha kami. Tambah manis kalau dapat seorang puteri, lengkap dan sempurna hidup ini nanti.

Ada kawan kat info hantar email, cerita kisah seorang sepupunya yang sungguh subur, setiap tahun beranak, bila sampai anak ke lima, doktor kata rahimnya sudah rosak, sebab kerap mengandung dan beranak. Akhirnya doktor buang rahimnya yang rosak itu. Umurnya baru 33 tahun, takut aku dengar muda-muda sudah dibuang rahim. Eeiii seram pulak aku mendengarkannya. Tapi doktor aku iaitu doktor Max, kata OK..pass...aku sudah boleh berusaha memberi Najmi adik, aku rasa lega. Aku tanya doktor dulu...kan doktor kan?? Itulah risikonya menjadi seorang perempuan. Macam-macam bahaya ditempuhinya.

Oh Ya, berbalik soal kawan sepejabat yang isterinya baru bersalin. Soalan pertama aku tanya padanya, Insaf ker tengok isteri bersalin (iklan : di hospital Putrajaya suami dibenarkan masuk menemani isteri bersalin) dan dia menjawab, eeeii insaf sangat, kalau aku tahu azabnya beranak ni, masa kecil dulu sebesar hama pun aku tak sanggup nak melawan mak aku.. Aku rasa satu jawapan standard bagi para suami yang baru lepas melihat isteri bersalin. Soalnya lama ke insafnya tu??

Ok sekian..

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng