
2003-10-30
Putrajaya yang mendung...
Ermmm Putrajaya pagi ni mendung sekali..dan cuaca mendung begini amat sesuai dengan aktiviti yang sungguh merehatkan minda iaitu tidur...Tapi sebagai seorang wanita gagah perkasa lagi bekerjaya aku pujuk-pujuk mata mengatakan kerja mengadap pc lagi ebst dari membuta di atas katil di bulan puasa. he..he..
Di Putrajaya yang tidak seberapa besar ini dan tidak sampai 10 ribu penduduk ni, diadakan 3 tapak pasar ramadhan. Aku rasa sungguh tidak logik...Bukankah bagus sekiranya ketiga-tiga tempat itu, digabungkan menjadi satu pasar ramadhan yang besar, pembeli punya banyak pilihan, dan boleh membeli makanan di satu tempat. Semalam aku pergi Pasar ramadhan di presint 8, hari sebelum tu, aku pergi pasar ramadhan presint 9, ada pasar ramadhan tu aku rasa buat syarat je kot, orang-orang yang berniaga bukan mereka yang betul-betul berniaga, tetapi mereka yang berniaga suka-suka di bulan puasa kot, itu sebab mereka berniaga macam main-main. Bab rasa tak yah komenlah, jauh empat ribu kalu ganda makanan kat kedah best.
Aku frust betul...kenapa lah pihak perbadanan tak fikir menda kecil begini...satukan jerlah, buat kat tempat lapang senang nak parking, ini kat presint 8 tu hari-hari biasa pun azab nak dapatkan parking tambahlah di buat bazaar ramadhan begitu, lagilah sesaknya parking. Satu hakikat yang rakyat Malaysia kena terima, Putrajaya memang canggih tapi sayang perancangan parkingnya sungguh hampeh. Kalau siapa pernah sampai kat parcel C sekitar office aku akan dapat lihat tiada tempat parking khusus, dan kereta diletakkan merata bersepah disepanjang jalan yang sempit. Orang tidak punya pilihan. Sungguh teruk!! padahal terdapat satu kawasana lapang di tengah-tengah semua blok yang boleh muat kalau dibuat parking 100-200 biji kereta, tetapi di buat tempat lepak-lepak yang tidak ada orang melepak. Satu pembaziran ruang. Staff sendiri berebut parking di basement.
Puasa lagi..
Banyak respon aku terima melalui email dan YM mengenai topik nostalgia puasa yang lepas. Aku tulis dengan hati yang penuh kerinduan terhadapa masa silam. Orang kata kalau kita tulis dengan hati, orang yang membaca juga akan turut merasai apa yang kita rasa. Sesungguhnya nostalgia berpuasa di masa kecil sungguh seronok. Walau tidak mewah duit ringgit, makan ala kadar, tetapi gembira sungguh indah berbuka bersama keluarga. Tambahan pulak makan berebut, masing-masing tidak mahu mengalah. Sungguh indah saat itu, bila abah baca doa beruka puasa kemudian lepas amin terus pegang gelas minum air sampai 4-5 gelas.
Kalau kena malam itu, mak hendak berterawikh di masjid atau surau, pasti mulut aku muncung jer, sebab kena jaga adik. Tetapi aku panggil member-member lain berkumpul kat rumah aku jadikan port, kemudian bukak radio kuat-kuat dapat dengar lagu raya. Dekat-dekat nak raya sibuk jer tanya mak bila nak buat kuih, padahal kita tak tahu abah belum gaji, mana nak beli barang nak buat kuih. Dulu-dulu buat kuih pun bukan sedap. Pukul gula, mentega dan telur pakai tangan. Tapi kami buat juga kuih. Sebab itu sampai sekarang aku tak suka membeli kuih raya. Aku suka buat kuih sendiri walau tidak sesedap kuih yang dibeli. AKu rasa puas. Kita pun suka hati dapat menjamu orang banyak-banyak, kalau kuih beli ni, pagi bukak satu bekas, tengahari dah habis, petang tu kalau bekas kuih atas meja dah kosong mula buat derk...sebab nak jimat-jimat kuih simpan utk tetamu esok pulak.
Sejak dua tiga tahun yang lepas biskut almond london adalah wajib mesti aku buat sebab adik-adik suka sangat makan, termasuk anak-anak buah darling, sekilo badam mesti habis digentel dengan tepung. Tahun ni kami bercuti awal, dan balik kampung awal, jadi ikut perancangannya, aku akan mula bercuti pada 17/12, dan kami akan balik ke kualer pada 14/12 jumaat. so pada 20/12 aku balik ke kedah, dan beraya di kedah. sempatlah dua tiga jenis kuih dibuat nanti.
Tapi sekarang aku dan darling tengah risaukan satu perkara...harap-harap perkara itu settel sebelum 14hb...risau betul kami kalau-kalau tidak jadi benda tu...Ya Allah permudahkan urusan kami itu....
ok..kena kerja....eeeii malasnya..
« LAMA
::
BARU »