2003-10-13

P-nut yang penat...p-nut yang busy...

Penat..penat..penat dan penat...

busy...busy..busy...dan busy...

Esok 14 Oktober 2003, adalah *World Standard Day*.. ISO meraikan semua orang yang terlibat dalam pembangunan Standard, di Malaysia ada dua nama yang terlibat, Jabatan aku dan SIRIM, kami akan menganjurkan majlis untuk memberikan sijil penghargaan untuk mereka yang aktif dalam aktiviti dot...dot...malas aku nak detail kan, sebab kalau orang buat random searching kang taip perkataan yang sama jumpa pulak weblog aku..tak sukala...

Jadi sempena majlis esok aku busy menyiapkan buku cenderahati untuk tetamu termasuk timbalan menteri. dan VVIP yang lain. Dikalangan mnerek-mereka di sini, aku yang dirasakan layak membuat buku itu, atas dasar apa aku tak pasti, yang pasti aku pun sama mengong dalam bab design mendesign. Kebetulan pula minggu lepas Mie menyinggah datang office aku, selepas membawa dot..dot..nya pergi interview KPLI, dia terus ke JPA uruskan hutang piutang nya, kemudian dia terus ke opis aku, Mie senyum-senyum tengok design aku, dan untuk sedapkan hati aku yang tak berapa sedap ni, Mie kata, "Oklah..tu..kira oraitlah, hebatlah tu..," aku paham maksud Mie, dikalangan orang Buta IT, Buta design design aku sudah di kira hebatlah..ha..ha...tapi aku tetap gumbira kerana buku itu berjaya disiapkan walau tidak seberapa sangat. Malam nanti aku akan bermalam di Sheraton Hotel, Subang, kerana menjalankan kerja-kerja untuk majlis anugerah itu nanti.

Nilai 3..

Semalam kami pergi Nilai 3, aku hendak mencari meja kopi untuk set sofa kami yang di beli tanpa meja kopi. Iyerlah rumah kami di Cheras dulu kecil sangat, mana nak muat letak sofa dan meja kopi, nak berjalan pun susah, rumah di Putrajaya ni pulak, nampak kosong sebab tidak banyak barang dan perabot. Tapi ok jugak, sebab kalau saudara mara datang boleh makan beramai-ramai bentang tikar, muat untuk makan 2-3 keluarga. Macam hari makan-makan dengan kawan-kawan geng info96 dan geng jurnal, muat untuk semua tetamu lebih kurang 15-20 orang.

Puas aku mencari meja kopi kayu yang ada laci tetapi buakn dari jenis kayu berat tu, biarlah kayu getah pun tapi mesti cantik, malangnya aku tidak berjumpa seperti idaman hati, sekali dulu aku pernah jumpa meja kopi jenis itu, di kedai perabot dekat Balakong, tapi malangnya kedai itu sudah tutup atau berpindah kerana kedai perabot tu telah termasuk dalam pelan laluan untuk buat jalan baru di Balakong. Aku memang suka beli perabot dari kedai itu. Ok berbalik kepada Nilai 3. Mula dulu kami pergi bulan 4 tidak banyak kedai yang di buka, jadi macam tak seronok, tapi kali ini, meriahnya bukan main, malangnya kami pergi sudah lewat, tidak dapat nak mengharung kedai yang banyak-banyak, dahulu harganya agak mahal, tetapi sekarang sudah ok, agak murahlah mungkin sudah banyak kedai dan banyak persaingan.

Kedai kain juga banyak dibuka. Jalan punya jalan akhirnya aku bertemu juga meja yang sedikit memenuhi kriteria yang aku idamkan, walau tidak bertemu seratus peratus idaman hati, frust jugak. Tapi terubat hati kerana dapat betemu jua katil anak bujang saya...iaitu katil single dengan siap pengadang, jadi tidak risaulah kalau anak bujang tidur seorang diri, tidak tidur bersama mama dan babah lagi, walau masih tidur sebilik. Esok aku kena adjust kembali kedudukan katil dalam bilik tidur, lepas ni kalau ada rezeki nak letak wall border dan nak cat ruang tamu rumah, kemudian pelan-pelan nak hias bilik tidur pula. ermm cita-cita dan selera aku ni boleh tahan, tapi sen jer tak boleh tahan, ha...ha..memanjang tidak cukup...jadi semua perancangan ambil masa panjang untuk tercapai. Simpan sedikit demi sedikit..

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng