2003-10-03

Kembali ke Putrajaya..

Penat, sungguh penat..sampai aku sakit kepala...tension barangkali..Walaupun penat tapi seronok...sudah lama aku tidak berkerja dengan ketawa dan gurau senda. Aku teringatkan zaman belajar dulu, kalau kerja di pameran mesti bergurau senda dan ketawa suka ria. Kali ni team kami bergabung dengan team orang kementerian, yang semuanya 'sure heboh' gamat, sejak dari dalam bas. Usik mengusik, ketawa gumbira.

* 23/9/2003.Kami bertolak dari Putrajaya ke JB lebih kurang jam 11 pagi. Singgah di Ayer Hitam, membeli pasu, dan bunga-bungaan, malangnya hujan, maka team decide nak singgah sekali lagi masa on the way balik ke Putrajaya pada 29hb nanti, so aku sempat membeli pasu ala-ala datin gitu, dengan harga 33 ringgit, ermmm beli yg kecik jer, sebab tak larat nak usung kalau beli yg besar. Kalaulah pergi dengan kereta sendiri mau aku beli yang besar, sebab harga yang paling besar pun cuma 45-65 ringgit sahaja.

OK, kami sampai di JB lebih kurang jam 5.30 petang, jam 6.30 petang semua berkumpul untuk meninjau ke tapak pameran di Plaza Angsana. Tinjau dan tinjau disertai dengan upacara makan-makan aku makan nasik goreng kerabu dan tomyam yang tidak berapa best. Esoknya aku makan Yong Tau Fu Johor yang best sebab dia dalam kuah sup dimakan dengan sambal sedap..nyum...nyum...teringat sampai ke hari ini.

* 24/9/2003- Kami memulakan kerja-kerja memasang booth pameran, serta mencari barang-barang di angkut dengan lori bersama beberapa agensi lain, malang sungguh syarikat lori itu sungguh bangang sekali, dia campurkan semua barang dan kami puas mencari barang kami, ada yang berkecai dan bersepai. sakit hati sungguh, kemudian tiba tapak booth pula jadi rebutan, sepatutnya kami di tapak yang berdepan dengan pentas, tapi malangnya, ada agensi beria-ria nakkan tapak itu, kami malas bergaduh2 maka kami minta karpet tambahan dan booth kami jadi paling besar..antara 4 agensi di bawah kementerian. bangga dan kembang lubang hidung sekejap. Kerja-kerja pemasangan hanya siap selepas maghrib, penatnya Tuhan sahaja yang tahu, balik semua orang macam dah nak pengsan. Penat.

*25/9/2003 - Majlis perasmian oleh Menteri besar bersama dengan Menteri, Sains. Tek. dan Alam Sekitar. Lucu dan geram dengan majlis perasmian yang dikendalikan oleh org JB ialah protokol kelam kabut, kesian Menteri, hampir setengah jam berdiri menunggu Menteri Besar, tidak pulak disediakan bilik menanti. Kemudian masa upacara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan melukis dan mewarna, budak-budak sekolah rendah dan tadika. Budak kecil tapi hadiah hamper besar, manalah nak larat budak tu usung hamper tu, sampaikan menteri pulak usung bawa ke tepi pentas, protokol out terus. Nyampah dengan En. M dari U***J, janji itu ini tapi apa pun tarak, air mineral pun tak der, aku pula keluarkan duit belanja team aku 4 orang, sekali sekala, hampeh betul en. M ni.

26-28/9/2003 - Pemeran dan penat, melayan budak-budak sekolah datang menyerbu, semua orang serik hendak buat di JB lagi, sebab macam tak paham bahasa, mereka suruh sekolah hantar budak sekolah berduyun-duyun, biasanya satu sekolah hantar 10-20 orang pelajar jer la..ni satu sekolah sampai 2-3 biji bas, penatlah melayan, sampai booth kami hampir roboh. Mujurlah kami berbaik dengan pelajar yang menjaga booth pameran UTM punya, jadi mereka banyak membantu kami, sebut pasal student yang jaga booth UTM tu, aku suka mengusik mereka, skrip paling aku suka ialah, apabila mereka bertanyakan aku kalau hendak kerja di Jabatan aku camner, aku cakap mesti degree bidang sains, dan konon nak nyakat aku lah, katanya kalau sains pertanian tak boleh ker, dan aku cakap, "Tak...sains rumah tangga boleh lah," terus mereka yang lain ketawa berdekah-dekah. dan satu lagi apabila kami dapat cenderahati dari agensi lain, aku kasilah diaorang yang seperti anak tiri yang diabaikan, dan mereka cakap, bertuah kami berbaik ngan akak..dan aku cakap, aku pulak yang malang berbaik ngan korang...ha..ha..jahatnya mulut aku. Tapi apa pun mereka memang baik-baik dan senang untuk aku buli...eh..eh...mereka yang buli aku...he..he..kalau nak tengok gambar2 sekitar di JB, lawatilah website mereka, KAT SINI

OK, pada 29/9/2003- kami bertolak balik ke putrajaya, singgah sekali lagi di Ayer Hitam, dan aku membeli sedikir cenderahati utk mereka yang di office. Kemudian kami singgah lagi di Tangkak yang indah khabar dari rupa, kununnya kain murah, tapi mahal...sesangat mahal, murah lagi kat KL, terutama kat nagoya. Hari selasa semua kami cuti, Rabu kami ke Kuala Kubu Baru, hantar kembali barang bomba, dan kemudian semalam aku cuti lagi, untuk shopping.

dan lepas update jurnal ni, aku kena siapkan ISO aku, uwaaaa sedih...boring aku....bosan!!

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng