2003-09-19

Penat lagi memenatkan..

Saya baru balik dari Kuala Kubu Baru, dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, meminjam sedikit bahan untuk pameran yang akan kami sertai di JB minggu depan. Penatnya. tapi respect dan kagum dengan PR encik-encik bomba kita, bagus betul budi bahasa dan ramah tamah belaka, dari Kem Komandan, iaitu orang No. 1 di akademi sehinggalah ke tukang angkat barang, baik melayan kami seperti VIP. terharu sungguh dengan layanan yang diberikan.

Tiga minggu lepas kami sudah ke sana, berurusan untuk peminjaman hari ni pergi ambil. Bestnya kami tak tahu pun org yang kami berurusan tu ialah pangkat Tuan dan orang No. 1 dan NO.2 di kem tu, sebab low profile dan tidak banyak songeh sungguh, patutlah ada driver, dan mereka siap belanja kami makan lagi dan sambil makan bercerita mengenai tempe pulak. Terima kasih ye encik-encik semua, baik hati abang-abang Bomba kita. Memang satu hakikat yang aku akui, berurusan dengan kaum adam ialah lebih mudah dari berurusan dengan kaum sejenis ku...terutama kalau yang berpangkat sedikit, bukan main susah.

Minggu depan hari selasa aku akan berada di Johor Baharu iaitu dari 23/9/03-29/9/03 selama seminggu. So tok rimau, jgn buat tak kenal aku yer...so kepada sesiapa berada di Johor temuilah P-nut Online...opsss...kunjungilah ke Plaza Angsana JB, sempena Bulan Sains dan Teknologi Kebangsaan dari 25-28 September, perasmiannya pada 26/9/03 jam 3 ptg oleh YB Menteri Sains dan YAB Menteri Besar, kalau nak cenderahati dari Jabatan aku, carilah P-nut Online di booth ermmm...ermm perluker aku nyatakan disini, tapi aku akan berada dibooth dibawah Kementerian Sains, hanya ada 4 booth sahaja di open space booth itu nanti. Atau cuba-cuba tengok di booth yang ada patung seorang lelaki, ada replika pintu rintangan api.

Aku harap sepanjang aku out-station nanti, Najmi akan selamat dan sihat sejahtera bersama babahnya. Semoga dia tidak demam dan kalau dia demam nanti mama susah hati.

Esok akan diadakan perjumpaan aku dan kawan-kawan cyber. Seronok sudah lama tidak berjumpa mereka semua...

okeh aku dah nak balik

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng