2003-09-16

Aku yang tidak pandai matematik...

Erkk camner aku boleh silap kira harga pembelian barang-barang masa aku pergi paso malam. Ermmm tidak boleh salahkan aku, sebab aku kira dengan segera. aku nak cepat masa tu, cepat-cepat update jurnal takut diaorg tutup server lepas tu..dan aku juga tidak pakai calculator ke sempua ke...biji asam ker...(huhh alasan seorang perempuan tidak pandai math macam aku...) Ya..aku akui..aku memang gagal matematik..kenapa tak percaya???betul aku gagal matematik banyak sebab aku gagal matematik...(mari dengar lagi sekali alasan aku gagal matematik..)

Masa aku sekolah rendah, kehidupan aku berpindah randah, dari satu daerah ke satu daerah hingga pernah bersekolah bersempadan dengan siam pun pernah. Jadi bila sering bertukar sekolah pelajaran aku terganggu. Kat sekolah A aku belajar bab C katakan pindah sekolah B diaorg dah belajar bab E. Jadi bukan salah aku lah...Aku tidak pandai menghafal sifir, aku tak suka belajar benda-benda berkaitan angka. Masa aku darjah 3 ada satu cikgu ni, dia guna sistem congak. Kalau kita betul semua kita ada kuasa untuk denda pelajar yang gagal. Dendanya ialah pukul tapak tangan orang yang gagal dengan pembaris. Aku tidak pernah berpeluang untuk memukul orang asyik aku jer kena balasah. Setiap hari dia akan bagi sepuluh soalan matematik, siapa betul semua akan berdiri di depan dengan pembaris dan memukul tapak tangan mereka yang gagal, kalau salah satu sekali kena sebat, salah dua dua kalilah kena, begitulah seterusnya. Sejak dari itu perasaan bencikan matematik tertanam hebat.

Kemudian bila bertukar balik ke Sungai Petani, Aku masuk sekolah budak-budak pandai, dan duduk pulak kelas yang pandai jugak, di sekolah tu, dia gunakan sistem matematik dan BI serentak ada lima kelas dan ada lima cikgu matematik. So bila time math dan BI, budak pandai duduk dalam kelas 1, 2 tu sederhana pandai, 3 pandai sikit-sikit, 4 tak berapa pandai, kelas 5 ialah budak yang tak pandai math dan BI. Untuk kelas BI aku duduk di kelas 2. Oklah kan..untuk kelas math??? ermmm pandai-pandailah korang teka aku duduk kelas yang mana satu berdasarkan story aku di atas tadi. Bagus jugak cikgu buat begitu sebab budak-budak separa pandai matematik macam aku belajar cara selow tidak laju macam budak pandai metematik.

Kemudian pulak sekolah menengah, form 1-3 oklah lagilah, masih masih lulu matematik masa SRP dengan C6. Satu pencapaian hebat bagi budak bangang belajar matematik seperti aku. Form aku ialah kemuncak kebencian aku terhadap matematik. Kerana cikgu yang mengajar matematik ialah Cikgu Kamariah berusia 36 tahun tetapi masih belum berkahwin. Tahu jer dah andalusia begitu bebelnya mengalahkan mak nenek. Salah sikit dia pulas telinga atau cubit bawah lengan sampai lebam. Aku rasa 98% pelajar benci dia, bukan aku sorang. Dia selalu marah aku aku benci dia. Sampai kemuncak kemarahan aku bila dia kutuk-kutuk aku depan semua pelajar memberi contoh aku akan jadi seorang pekerja kilang disekitar kawasan sekolah aku sebab tidak kemana kalau aku gagal matematik. Aku terus terang pada dia, aku katakan aku memang nak gagal, so that aku tidak mau ambil tahu bab metematik jadinya aku tidak tumpukan langsung apa yang dia ajar. Aku tidak buat homework dia. Dia tidak boleh marah sebab aku memang tidak mahu lulus. Buang masa jer aku belajar kalau aku memang tahu aku akan gagal.

Jadi aku tumpukan belajar lukisan, belajar sejarah, belajar geografi, perdagangan. Dan aku suka sebab aku dapat A2 utk lukisan, C3 untuk sejarah dan perdagangan, C4 untuk geografi. Bayangkan aku asyik gila buat latihan matematik, mesti aku tidak ada masa nak baca buku lain dan aku gagal semuanya..bodoh kan namanya. Baik aku tumpukan kepada subjek yang boleh membuat aku score.. itu baru study smart!! Aku suka subjek lukisan sebab suka Cikgu Syed, cikgu baik, umpama seorang bapa buat kami,kami sekolah perempuan, cikgu syed tidak ada anak perempuan, jadinya dia sayang geng2 aku.

Begitu juga masa STPM aku tahu akan akan gagal ekonomi kalau aku ambil subjek tu, jadi aku drop ekonomi dan ambil lukisan. dan tercipta sejarah di Sekolah Menengah Khir Johari Sungai Petani, aku orang pertama puak berani mati yang tidak mengambil subjek ekonomi yang semua orang rasa penting..penting..penting, lantakler, dari aku buang masa belajar benda yang aku tidak suka dan kalau tak suka kita tak buat sungguh2 kan? jadi aku ambil subjek lukisan aku akhirnya tanpa memasuki lower six, aku akhirnya berjaya mendapat 5 prinsipal. Seluruh sekolah sebab tak jangka budak masuk terus upper six, itupun masuk sekolah dah bulan februari akhirnya berjaya ke upper six, pengetua siap bagi sampel kes aku masa perhimpunan.

Aku rasa lebih beruntung gagal matematik dari gagal Bahasa Inggeris. Sebab kalau gagal Bahasa Inggeris manyak susah mau cali makan oooo. Persaingan nak masuk U memang sengit tanpa math dan ekonomi, tetapi kau mesti bijak pilih kursus yang tidak meletakkan syarat lulus matematik dan ekonomi, dan masa dulu mengisi borang ITM adalah berasingan dari Universiti lain, so that aku letakkan salah satu dari lima pilihan di borang UPU USM, dan aku mendapat offer dari USM untuk kursus apa yer, dah lupa pulak, tp bawah pusat pengajian kemanusiaan lah. Dan tawaran dari UiTM, aku tidak menyesal langsung memilih ITM masa tu, walau belum jadi U dan ditawarkan Diploma Lanjutan Sains Perpustakaan namanya masa tu. Selepas ITM jadi universiti kursus aku bertukar menjadi Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat dan pengkhususan Pengurusan Perpustakaan.

Aku kira aku memang tidak membuat pilihan yang salah kerana memilih kursus yang dikatakan cukup tidak popular, tetapi untungnya sebab di dalam Malaysia hanya UiTM sahaja yang menghasilkan graduan dalam bidang pengurusan pusat maklumat, kalau ada U lain pun peringkat master dan hanya belajar basic pengurusan perpustakaan. Apabila tidak berlaku lambakan graduan, peluang kerja yang terhad mudah diisi, ramai dari kami yang lepas konvo terus dapat kerja, tidak ada yang menganggur pun, berbanding graduan universiti lain, dan kursus lain, sebab itu jarang dengar bebudak course aku buat KPLI atau mana-mana pelajar degree UiTM yang lain buat KPLI. Jarang kan...aku pun tak tahu kenapa, tapi kalau bebudak course aku memang senang cari makan, sebab Malaysia sekarang banyak kompeni besar-besar yang ada pusat sumber rujukannya. Seperti bank-bank, petronas, esso, kolej-kolej swasta, jabatan-jabatan kerajaan. Jadi kami membuat pilihan yang bijak keranan memilih kursus teknikal begini, kerana hanya mereka yang belajar bidang kepustakawanan sahaja layak bekerja di pusat sumber/perpustakaan. Orang lain mana tahu buat cataloging untuk class number dewey decimal classification, Library of Congress Classification. Orang mana tahu guna Library of Congress Subject Heading (LSCH) hanya kaum kami jer yang tahu.

Jadi bestnya kalau ada kekosongan jawatan Pustakawan/librarian di mana-mana organisasi time pergi interview macam reunion pulak, jumpa senior, junior. Istemewanya menjadi seorang librarian sebab dia perlu tahu semua bidang. Sebagai contoh di office aku ramainya graduan dari u lain yang berkerja kontrak, sementara, dan bukan jabatan aku sahaja banyak lagi jabatan lain di pejabat kerajaan, tetapi so far aku tidak pernah jumpa pelajar UiTM menjadi pekerja kontrak di pejabat sekitar sini, mungkin ada tetapi aku tidak pernah jumpa, mungkin ada di tempat korang...

Paling surprise bila aku melapor diri di sini boss aku seorang perempuan lulusan u luar negara la. Dia terus terang bagi tahu, dia suka budak UiTM, dengan banyak reason yang tidak perlu aku nyatakan disini takut ada yang tersinggung pulak. Tapi aku memang seronok menjadi sebahagian dari warga UiTM suatu ketika dahulu, budak-budak UiTM memang havoc. Sehati sejiwa. Kau baca jurnal Mat Jan lihatlah betapa happy masa belajar kami di UiTM. Kalau dulu kami pergi sukan antara u ker, apa jua festival antara u yang meriuh-rendahkan majlis budak-budak UiTM jugak, budak-budak u lain baik-baik jer, tak der hingar bingar, boleh dibezakan budak UiTM dengan budak u lain. Dan aku masih lagi dengan geng INFO96 aku, dan ramai senior dan junior kami ada mailing group sendiri yang menyebabkan kami tidak terputus hubungan. Dua tiga bulan sekali kami akan gathering, bawak anak bini/laki. Kalau ada kenduri kami konvoi beramai-ramai, kalau ada yang bersalin pun konvoi beramai-ramai ziarah. Baik geng senior mahupun junior kami masing2 tahu perkembangan batch masing-masing.

Itu lagi satu istemewanya persahabatan yang terjalin antara kami satu batch tidak kira lelaki atau perempuan. Ada office mate aku kat sini hairan, sudah 4 tahun grad masih berhubung rapat dengan semua kawan-kawan. Tahu perkembangan semua, dan selalu berjumpa, dia kata dia sudah lost contact dengan ramai kawan-kawan, tidak bagi kami...pasti sunyi sepi hidup aku tanpa email dari INFO96.

Last...Selamat Pengantin Baru buat Gadaffi dan Suhada, anak orang kuat TNB, yang selamat bersanding pada malam ahad lalu di J.W Marriot KL. Afie adalah orang yang bertanggung jawab ke atas INFO96. Bapak segala moderator. Kelas majlis kau afie, macam anak raja kawin siap dengan penari Melayu.com lagi. Lawa isteri kau, meriah majlis kawin kau, dan geng kami makan kenduri kat hotel riuh rendah macam kat kampung jer, siap bergambar pup-pap-pup-pap...sampai pecah pinggan mangkuk..

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng