
2003-09-12
Balik Kampung
Minggu lepas kami balik kampung. Kami balik hari Jumaat malam selepas Isya'. Najmi sudah besar sudah boleh berdikari, mama tidak perlu tengok Najmi bermain-main dengan sepupu-sepupunya yang berderet-deret di rumah Opah, Najmi main sendiri. Main..main..main..sampai tidak mahu makan, minum, main jer...Nak mandi pun kena paksa-paksa. Jatuh tangga, nangis sekejap, berdarah bibir, kemudian main lompat-lompat kembali. Mulut usah ceritalah, pot pet-pot pet...bercakap sahaja, ada yang kita paham ada yang kita tak paham langsung. Bagaimana gayanya kalau sudah ada adik nanti...
Mood...semenjak dua menjak ni mood nak buat kerja macam tak ada. Entah..padahal banyak jugak kerja yang perlu dibuat, ndak-ndak menjelang pameran S&T kat JB 25-28 ni. Banyak sangat benda yang perlu disiapkan, pening kepala aku memikirkan. Itu tak settle, ini tak settle. berserabut kepala otak, mungkin aku masih lagi mood bercuti agaknya. Balik kampung pastinya mengundang banyak nostalgia. Lalu depan sekolah teringat zaman aku sekolah dulu, sekolah aku sekarang sudah cantik, landskap memang lawa. Iyalah sekolah perempuan, senang jaga, tak der puak ganas nak merosakkan kecantikan sekolah. Tak macam masa aku form six, sekolah campur, aku rasa kerusi rehat yang diletakkan di taman sekolah tu jangka hayatnya macam jangka hayat nyamuk, sekejap jer dah maut.
Ok Berbalik cerita balik kampung. Kami balik ke Kuala Kangsar dahulu, ada kenduri rumah sedara babah Najmi. Kami pergi bawa mak, sedap betul makan kenduri di kampung, lauk pauk terasa sedap masam masin, lemaknya semua cukup. Iyalah orang kampung, kelapa tak payah beli, aku paling suka makan ikan yang dibungkung dgn daun, ermm apa namanya...ikan pindang or pendang cam tulah namanya, ikan lampam yang direbus dan dibungkus dalam daun, sedap rasa macam ikan sardin. Seronok lagi makan kenduri di kampung ni, sebab lauk-lauk siap ditambah lagi, kalau kat tempat aku kat SP nuuu banyaknya kenduri semua kontrak..jadi mana ada caterer tu nak tambah-tambah lauk. Daging rendang di bubuh sepinggan, luak sikit dikaut tambah. Satu perbezaan kenduri di kampung dan di pekan. Lagi satu kenduri di kampung ni bestnya sebab meriah giler...iyerlah sekampung datang meraikan pengantin, sedara mara riuh rendah, orang kampung sendiri pun, bersaudara. Ada pangkat sepupu, dua pupu, mak sedara sampai aku tak terhafal. Darling pula memang dari keluarga yang besar.
Ya..sebelum lupa, aku nak cerita kisah pada hari Sabtu 6 September 2003 yang lalu, aku dan darling bawa maknya pergi klinik di Grik. Dan on the way balik kami singgah di pekan Grik yang 'comel' itu. Kebetulan pula ada pasar malam. Aku dan darling pergi pasar malam, manakala mak, ayah dan Najmi duduk makan di gerai-gerai makan berdekatan. kat sana fuyoooo murah giler, aku rasa kalau kami duduk sana lagi 10 tahun kami boleh buat banglo siap dengan swimming pool. Mana taknya sejarah dalam hidup aku pergi pasar malam bawak 30 ringgit pun tak habis. Ok let me story u aaahh...
laksa, mee rebus, pecal sebungkus seringgit, berlambak. satu plastik penuh. Memandangkan kami pergi sudah jam 11 pagi, kira dihujung-hujung pasar malam, maka dijual kepada kami dengan harga 3 bungkus 2 ringgit. Apam balik besar satu 1.00 jer. Ikan, udang, sotong 3 pinggan 5 ringgit. Aku beli dua pinggan udang, sepinggan sotong dengan harga 5 ringgit. diulangi 5 ringgit. Udang boleh dibuat sambal makan sekeluarga seramai 6 orang. Petainya usah kira murah tahap langit. Mungkin hasil petai orang asli sekitar kot, aku rasa dalam 25 papan petai yang di longgok tu harganya cuma baru 3 ringgit. dan aku hanya beli 10 papan petai dgn harga 2 ringgit. Di Putrajaya sepapan petai yang kecil harga 50 sen.
Singgah pulak beli ikan keli sederhana besar sepuluh ekor harganya baru 5 ringgit. di Putrajaya 3 ekor ikan keli 4 ringgit. So bayangkan aku beli
mee rebus 2 bungkus + laksa = RM2.00
Apam balik 2 = RM2.00
Ikan keli = RM5.00
Petai = RM2.00
Udang + sotong = RM5.00
Semua-semua tu baru 14 ringgit.
Di Putrajaya 15 ringgit baru dapat beli 7-8 ekor sotong dan 4-5 ekor ikan serta 2 papan petai kot.
Kenapa tak percaya??? murah kan??
dan aku sungguh menyesal kerana tidak membeli sehelai tudung sungguh cantik dgn harga RM18.00. sedangkan tadi aku tengok ada jualan hari jumaat di sini harganya RM25.00 ringgit uwaaaaaaaaa... Kalaulah aku tahu balik jer ke office semalam aku dapat kembali duit claim aku yang jota-jota tu, sure aku dah soping sakan di sana. best giler...tak payah pergi Padang besaq pun.
« LAMA
::
BARU »