
2003-09-04
Aku sudah taip entry ni sejak dua minggu lepas tapi, kerana kami semua 'dipuasakan' dari internet, maka hari ini baru dapat aku publishkan entry ni.
~ Selamat membaca ~
Virus menyerang…
Kami di office semua mendapat memo, kata Pegawai IT, virus besar-besaran telah berjaya menembusi ‘firewall’ semua agensi seluruh dunia. Dan sehubungan dengan itu, pihak GITN (Government Intergrated Telecommunication Networking) telah menutup talian internet sementara waktu.
Ermmm aku tak tahu agensi gomen yang lain, tetapi kami disini e-mail merupakan satu medium komunikasi yang amat penting. Talian internet juga penting, kerana kami sering berhubung dengan agensi antarabangsa seperti ISO International, IEC dan lain-lain. Dalam Malaysia pula kami berhubung kuat dengan SIRIM. Jadi apabila internet tiada, komunikasi menjadi amat sukar. Kami terpaksa mengedar memo menggunakan kertas, dan bukan lagi menggunakan email. Apabila komunikasi menggunakan memo ia nampak formal sangat. Perlu nombor rujukan fail, perlu ada tajuk perkara dan bla..bla…kalaun email cukup sekadar 4-5 baris ayat penting dan senang kerja. Aku tak tahu kalau masih ada agensi gomen yang menggunakan memo style lama untuk maklumkan mesyuarat ker, atau apa-apa, tetapi kami disini jarang sangat guna memo, semua-semua guna email even tukang buat minit mesyuarat pun akan edarkan minit mesyuarat menggunakan email. Kalau kami pun buat draf sesuatu projek akan submit kepada boss melalui email. Dan bos akan buat pembetulan melalui email juga. Mudah bukan, dan mungkin kami menyahut seruan kerajaan untuk paperless government.
Kuartet Merdeka…
Siapa tengok drama Kuartet Merdeka di Astro Ria pada Jumaat 22 Ogos yang lalu, sungguh menghiburkan aku dan darling kasi 5 bintang kepada pengarah, pelakon dan seluruh tenaga kerja Drama Kuartet Merdeka. Dan lebih kembang hidung kerana drama itu dihasilkan oleh anak Kedah, dan menggunakan lokasi di Kuala Nerang, Pedu Lake dan cakap guna Bahasa Kedah, dan mendapat kerjasama Menteri Besar Kedah. Dan aku yakin ia juga penerbit yang sama utk drama Kopi Kampung, dan Earl Grey Kopi Kampung. Yang guna lokasi di Baling. Memang menarik.
Ok berbalik kepada Kuartet Merdeka, ia sebenarnya cerita flash back sahaja, tetapi dipersembahkan dengan begitu menarik. Kuartet Merdeka mirip kepada cerita Iran, tiada tema cinta, tiada hero tiada heroin. Tidak banyak watak ditonjolkan tetapi cukup menarik. Ia kisah 4 orang sahabat (Aru, Kim Pang, Suchat (siam), dan Azmi) yang sudah lama terpisah, kerana masing-masing membawa haluan masing-masing. Aru sudah menjadi seorang doktor, Kimpang novelis, Azmi usahawan yg berjaya, dan Suchat sudah jadi tauke chalet. Bila mereka bertemu mereka flash back kisah semasa mereka berempat hendak menyertai larian merdeka. Mereka masuk acara 4 x 100 meter. Yang mana mereka bersekolah disebuah sekolah kampung yang tidak ada kemudahan. Drama berat tetapi lucu, lucu melihat telatah selamba mereka. Bayangkan budak sekolah bandar berlari di atas trek, orang Kedah kata lari ataih bataih tat..(lari atas batas tar) tetapi mereka berlari di bendang yang kering, lari atas batas bendang. Budak sekolah bandar berlari guna baton. Mereka guna batang tebu yang telah dikerat untuk dijadikan baton, bestnya sambil berlari sambil makan tebu.
Kim Pang tidak mahu berlari. Tetapi Azmi memujuk supaya belari, kelakar apabila cikgu yang melatih berkata, “ Hang pa ni boleh lari, tapi kurang stamina, la ni kita kena tambah stamina, kena cari stamina lebih sikit,” Suchat, budak Siam tu kata, “ Cikgu, pak penakan (bapa sedara) saya nak pi Hadyai minggu depan, kat Hadyai ada juai dak stamina tu?” budak-budak lain pandang bengang jer, macam nak lempang dia. Ekspresi muka mereka mmg bagus. Ada lagi satu babak menarik ialah apabila Aru guna duit derma orang ramai untuk beli T-shirt untuk dijadikan baju sukan mereka yang akan dipakai semasa berlari di bandar Alor Setar nanti. Dia suruh Suchat beli. (keluarga Suchat, berniaga barangan Siam) Paling kelakar gila mereka guna marker pen lukis sendiri logo t-shirt mereka, mereka beli singlet pagoda jer, mereka lukiskan logo Adidas, tetapi Kim Pang lukis logo dan tulis ABIDAS, Aru marah, katanya “bukan ABIDAS, ADIDAS, hang nak bidas sapa,?” “Kim Pang jawab, minggu lepaih aku beli seluaq trek suit, kat mak Suchat, dia eja lagu ni la..eja ABIDAS,” aku gelak sakan, iyerlah baju Siam memang lah begitu.
Lagi nostalgia, mereka minum air lemonade, atau orang utara sebut “ayaq lemenet” botol macam botol kicap tu, ayaq kaler putih atau macam ais krim soda tu. Kisah dia berkisarkan mereka berlari di padang berkaki ayam, dan duduk-duduk tepi sawah jer, dan kisah angan-angan mereka. Babak paling best ialah masa mereka hendak pergi ke Stadium Darulaman untuk menyertai sukan sekolah. Budak-budak lain naik kereta tetapi mereka pergi naik lori pasir, sedih tapi kelakar, dan agak tersentuh hati apabila cikgu mereka beri semangat supaya mereka buktikan mereka yang dalam kekurangan tetapi mesti berjaya. Budak-budak lain berlari pakai spike, tetapi mereka hanya berkaki ayam. Tetapi akhirnya mereka menang.
Simple kan? Tetapi menarik sangat skrip dan jalan ceritanya, sama macam cerita Iran. Aku harap RTM atau TV3 juga akan membeli drama ini untuk disiarkan supaya ramai orang menonton drama yang sungguh nostalgia begini.
31 Ogos 2003
Kakak Ipar dan sekeluarga datang bertandang menyambut merdeka bersama kami di Putrajaya, penat 3 hari melayan tetamu. Malam ambang merdeka kami ramai-ramai berkumpul bersama-sama rakyat Malaysia yang lain untuk melihat detik 12 malam dengan pancutan bunga api yang berwarna-warni. Lawa sungguh. Esoknya pertama kalinya aku menonton perarakan merdeka live di Putrajaya hari tu, itupun sebab dekat rumah sangat, seronok melihat perarakan berwarna-warni. Dan aku berbangga dapat menjadi sebahagian dari warga penduduk Putrajaya yang dikatakan bandaraya pintar. Syukur!!!
OK..that's all byeeeeeeee
« LAMA
::
BARU »