2003-08-21

Aku sudah tidak jakun

Aku sudah pergi KLIA..yeah..yeah..aku sudah tidak jakun lagi. Iyerlah semenjak KLIA bukak tak der pula aku nak naik kapal terbang. Dan tak ada pulak sedara mara aku pergi mekah ker..atau ada sebenarnya tetapi aku tidak terlibat dalam aktiviti menghantar mereka di airport, dan baru-baru ni mak long pergi ke US, rumah Kak Pah pun aku tidak hantar kat KLIA. Jadi aku sungguh jakun kerana tidak pernah pergi ke KLIA. Tetapi tidak hari ini, P-nut hari ini ialah P-nut yang sudah pernah pergi KLIA dan sudah sampai JB, makan lengkapkan semua negeri yang ada di Semenanjung Malaysia aku sudah sampai. Paling best aku rasa, ialah Pahang sebab ada Taman Negara. Taman Negara yang sungguh seronok gilerrrr.. dan of course lah, Kedah, sebab Kedah ada rumah aku, dan ada mak abah kat Kedah.

Malang sungguh kali ni, aku naik kapal terbang pergi dan balik kena duduk betul-betul di sayap kapal terbang bergegar-gegar aku rasa dan tak nampak pemandangan sangat, hampeh betul. kalau tak dapat juga aku jiwang seketika menikmati keindahan alam..cheee wahhh..dan malang juga kerana mulanya aku dan zura terpisah tmpt duduk sebab kami masa check in kaunter asing-asing. tapi nasib baik, sebab flight balik dari JB ker KL malam tu ramai dari geng kementerian ini jugak, kira sekutu-sekutulah. Jadi kami tukar-tukar seat. kebetulan row aku semua perempuan dan row zura pulak semua lelaki. nasib baik En. R** seatnya sebaris dgn aku dan dia sudi tukar seat dengan zura.

Kami sampai JB malam tu lebih kurang 9.45 lah, sudah ada driver dari UPEN menunggu utk dibawak ke hotel, sampai hotel lepas jer check-in aku call ady (jgn jeles ady, kau pun buatlah jurnal jugak...) Ady sponsor makan makanan yang sangat best giler kat JB, siakap 3 rasa, tomyam, sayur campur, otak-otak, telur dadar, kerabu mangga..sungguh sedap. Makan tepi laut dan sembang-sembang nostalgia INFO96. Best kan ady kan...seronotnya... TERIMA KASIH Rashidy Murad, yang kini sudah jadi org penting PTP dah..tengkiu atas makanan yang sedap-sedap belaka. Org Johor mmg best!!

Semalam masuk office, alahai bertimbun-nimbun pulak kerja urgent. kerja-kerja ISO masih tak habis-habis lagi. Penat betul!! Siapkan sedikit kerja dengan secepat mungkin dan pukul 9.30 pg, sudah keluar ke PNM utk taklimat pulak, Penatnya menjadi seorang P-nut.

Bukak email INFO96..tu..diaaa..beratus email...Bukak email gomen pulak, tudia..berpuluh berderet. Aku bukak email dari boss-boss dahulu, jawab mana perlu, kemudian terus ke PNM. Balik dah internet down pulak.

Ok sekarang tumpuan ialah untuk kerja-kerja pameran untuk Ekspo Sains dan Teknologi di Plaza Angsana JB, 25-28 September depan. Ok, call sana sini, contact vendor utk print poster, last-last aku kontek Cik Easy kita jer, utk mudahkan urusan aku menempah poster dan banner nanti.

Kerja menanti...

* Merekod kesemua MS, diterima dari SIRIM, ISO, IEC banyak nyerrrrrrrrrrr

* Jumpa pengarah admin/finance nak minta bajet utk ekspo next month.

* Prepare claim perjalanan/hotel masa kat JB.

* Check, betulkan ISO (aku punya SOP)

Kerja rumah pulak.

* Lipat kain baju

* Siram pokok bunga, ubah pokok keladi dari depan ke belakang semula.

* Basuh bilik air atas.

Uwaaaaaaaaaa penat!!!!!!!!

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng