
2003-08-15
Woww!!
Wowww....sungguh menyakitkan hati!!!
aku tgh update jurnal dan sudah sampai ke titik akhir komputer (&&*%^$ aku ni tiba-tiba bagitau dia nak shut down, hampeh punya PC, adakah sudah kena virus...??
Tak apa hari ni hari jumaat, hari berkat, kena banyak-banyak sabar, mari kita mulakan semula apa yang telah ku tulis dari. Sungguh geram!!
Iya, aku tulis pasal nak pergi meeting kat JB Isnin ni, dan aku tak mau tulis panjang soal meeting tu takut org-org berkenaan jumpa weblog aku, tapi aduhai..sungguh tidak ku duga, orang kapal terbang pula membaca website ini, siap kasi detail flight aku nanti. Iya akan terbang ke JB dengan MH 1063 Y dan semoga tidak ada yang akan tunggu di airport nak kidnap aku, aku bukan byk duit, dan semoga tidak ada yang sabotaj kapal terbang itu. Kalau ada sesiapa nampak orang yang sedikit Jakun memasuki KLIA nanti, mungkin akulah orang itu, kerana aku tidak pernah pergi KLIA. Dan untuk mengurangkan darjah keJAKUNan aku, maka esok aku dan darling akan pergi ke KLIA menaiki KLIA Transit ERL dari Putrajaya saja-saja jer untuk merendahkan sedikit darjah keJAKUNan aku pada hari Ahad nanti.
Aku tidak pernah naik flight dari KLIA lagi, kalau dulu pergi Subang tak derlah jakun sangat, kalau pun tak naik flight tapi selalu pergi hantar orang naik flight. Dah berapa ramai aku hantar sedara mara pergi haji, hantar kawan-kawanlah dari Subang, tak sejak KLIA dibukak tidak pula aku menghantar sedara mara pergi haji ke hantar kengkawan. Jadi jgn salahkan aku kalau aku jakun, tidak ada apa-apa urusan yang menyebabkan aku perlu ke KLIA. Lainlah kalau kat KLIA ada Mydin ker, TESCO ker, Pasar Malam Jalan TAR ker harus aku pergi. Jadi moral of the story, kalau nak orang pergi KLIA, suruhlah Mydin bukak kedai di situ. Dan semoga aku tidak jakun juga bila sampai di Johor, kerana di Semenanjung ni semua negeri aku dah pernah sampai, cuma Johor jer belum, Sabah Sarawak tu lagilah.
Tok rimau dengan baik hati ada menjemput aku ke rumahnya sempena lawatan agung aku ke Johor. tapi malangnya aku betul-betul pergi atas urusan rasmi kerajaan Malaysia. (huh formalnya) aku betul-betul sampai pukul 10.00-11.00 malam Ahad tu, dan esoknya meeting pukul 9.30 mlm dan may be habis meeting/lawatan menjelang pukul 2-2.30 ptg, dan kemudian sudah hendak balik kembali ke KL pada jam 7 mlm. Tengah-tengah update org dari Johor sudah call confirmkan akan ada kenderaan dari mereka untuk mengambil kami dari airport senai untuk di bawa ke hotel. Wah!! bagusnya bagus betul PR orang Johor yer... 5 bintang untuk mereka.
Apa lagi yang ku taip tadi yer..
Aku sudah blank apa yg ku taip tadi..uwaaa dah tak ingat. Adakah teori makan kari kepala ikan membuatkan orang lupa boleh aku gunakan sebagai alasan aku ni mudah lupa? Mungkin!!
Okeh, tadi kami ke UPM, ada taklimat berkenaan urusan rasmi kerajaan Malaysia. Sambutan bagus juga, tapi entah salah siapa, maklumat tepat tidak sampai kepada penganjur dan terjadinya sedikit kekeliruan. AKu bosan menghadapi keadaan demikian. Membuat sesuatu kerja tanpa ada perancangan. Tapi tak apa, biarlah ia dijadikan pengajaran. Stop!!
Balik dari UPM kami beronggeng ke Warta Bandar Baru Bangi, biasalah hari kan Jumaat, hari berjalan-jalan bagi kaum hawa kerja gomen, dan sungguh ada dua perkara menakjubkan telah berlaku:
1. Aku pulang dari Kompleks Warta Bangis tanpa membeli apa-apa, walau aku sudah nyaris membeli sepasang brooch dan sehelai baju kurung siap jahit dengan harga RM49.90, mana nak cari, selalu beli kain jer pun murah-murah 20 ringgit, itu kain murah, upah lagi 30 ringgit. Kedai itu sungguh murah, kainnya ok jugak berkualiti, dan jahitannya pun ok. Tapi agaknya masa tu tengah azan Zohor kot, jadi Setan lari bertempiaran menyebabkan syaitan tak sempat menghasut aku membeli baju tu.
2. Kami sudah kembali ke pejabat jam 2.15 petang. sungguh awal!
okay, jumpa lagi minggu depan. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali dengan tanpa ada apa-apa masalah atau kemudaratan. bye!
SELAMAT MEMBACA KEPADA EXECUTIVE MAS DAN MEREKA YG LAIN.
« LAMA
::
BARU »