2003-08-13

Lagi-lagi Akademi Fantasia

Ermm Akademi Fantasia sudah habis, tapi cerita-ceritinya masih belum habis. Forum dia astro.com.my masih hangat. Utusan Malaysia setiap hari ada cerita Akademi Fantasia. Hari ni satu muka surat cerita AF lagi. Woww hebat betul demam AF di kalangan peminat AF. Ahad lalu mereka di family fair di PWTC, dengar cerita mereka yang pergi, sambutan terhadap mereka lebih hebat dari yang diterima Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Yusry. Sampai dengarnya Siti cakap untungnya jadi pelajar AF, belum keluar album dah ramai peminat. Dan ada antara peminat yang tidak dapat bergambar dan tandatangan pelajar Af, mereka menyerbu keluarga pelajar itu, spt mak bapak Vince, Khai dan Nija. Kawalan ketat ke atas mereka oleh org kuat Astro menyebabkan peminat amat frust tidak dapat berjumpa terus. Well done to all AF crew.

Akademi Fantasia bukan sahaja mempopularkan pelajar, Aznil, Saluran Ria, seekor kucing bernama Nemo, banglo The Mines, Linda Jasmin, Siti Fatimah, Siti Hajar, En. Baha, malah turut mempopularkan geng jurnal seperti Sultan Muzaffar, Kak Su dan jurnal aku sendiri..he..he..Kak Su pernah tulis pasal akademi fantasia, dan dia dapat pembaca jurnal baru, sultan muzaffar usah kiralah, hitsnya beribu sehari. Aku sendiri beberapa email ingin berkenalan setelah mereka terjumpa jurnal ini semasa menaip akademi fantasia dari yahoo. atau google. Dan office mate aku sendiri sudah berjumpa jurnal ini. Susah untuk aku mempok-pek pasal kerja lagi kat sini. Terima kasih kepada yang mengunjungi jurnal ini.

Prgi Johor

Aku sudah dapat memo kena hadiri mesyuarat dot..dot..dot kat UPEN Johor, tak leh kasi detail kang orang situ pulak jumpa website ni. Tapi disebabkan hanya mesyuarat, dan waktu amat terhad, upcara untuk beronggeng bersama geng johor tidak dapat aku laksanakan. Aku akan naik flight 9 malam Ahad ni, dan terbang kembali ke KLIA pada Isnin 7 mlm. Mesyuarat kali ini khas utk agenda 25-28 September Ekspo dot..dot..dot di Plaza Angsana bulan depan. maknanya bulan depan hampir seminggu akan bermukim di plaza Angsana seminggu menjalankan tugas. Maklumlah kerja gomen ini ayat wajib ialah, "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" dan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" berkhidmat sokmo sampai malam pun. Namanya pun kerja kan? Tapi aku sungguh terharu apabila boss terus terang menyatakan. "U all did a very great job, i really trust both of u on anything" u all is refer to me and my friend Mazura. Bos aku jarang nak memuji, tapi sekali dia puji kita harus bangga. Dan apabila sudah ada pujian maknanya kita kena kekalkan reputasi. Pujian seharusnya menjadi satu semangat utk kita terus membuat yang terbaik, dan bukan untuk kita berpuas hati dengan hasil yang kita dah buat. Bagi aku, pujian adakalanya merimaskan, kerana takut andai kata kita tidak buat sebaik mungkin pada masa akan datang kita akan tertekan. Apa pun untuk misi di JB bulan depan. Insya-Allah, pelan tindakan dalam minda, hanya tunggu dilaksanakan.

Oh ya!! selain tugas hakiki dan rasmi, aku juga telah dilantik menjadi Biro Sosial Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan aku ini. Senior officer yang calonkan aku, sabo jerla! alasannya aku pandai bercakap dan berani bercakap. Ini bermakna aku kenala menjalanakan tugas So-sial itu. Aku cakap dgn kawan aku, hampeh betul, aku leader kang bukan sosial, tapi jadi soooo SIAL lak...he..he..banyak sudah terbeban di kepala, belum lagi diambil kira, proses perpindahan Unit Pusat Sumber dibawah seliaan aku ini berpindah dari ting. 2 ke ting. 1. penat!!!!

Najmi

Sudah lama tidak cerita pasal Najmi, sudah ada kawan hantar msg di YM, "awat hang tak cerita pasal Najmi dah, rindulah" Ok, memenuhi permintaannya aku ceritakan pasal Najmi. Seperti yang sedia maklum Najmi ni pre-mature, dan berkulit putih, ohh sungguh susah menjaga budak berkulit putih dan sensitif. Baru-baru ni, Najmi telah menuang hampir separuh botol air, ke atas tilam dalam bilik tidur, makanya tilam basah, dan kami tidur beramai-ramai atas lantai beralaskan toto, bilik atas pulak sudah 2 minggu tidak di mop. (mama busy kerja kat pwtc..alasan...he.he..) ada sedikit habuk di tepi-tepi dinding, dan najmi tidur dihujung sekali depan sliding door depan balkoni bilik atas tu...aku tak perasan mungkin, sliding door itu bahagian bawahnya tidak rapat sangat, dan habuk banyak melekat. Najmi pulak tidurnya lasak, esok paginya badan dia penuh naik biji-biji merah seperti orang kena campak. Tapi melarat sampai penuh badan. Baby sitter call mama kat pwtc, tapi apa nak buat, mama jauh kat KL. petang tu, lepas ambil Najmi terus mama dan babah bawak pergi klinik.

Malam tu dia menangis sahaja, gatal dan merah-merah melecet, berlarut dari hari khamis sampai jumaat. sekadar kena habuk sikit begitu, boleh melarat begitu, sungguh sensitif kulit dia. Kalau dulu masa baby-baby lagi rumit nak jaga, kain bajunya tidak bercampur dibasuh sekali dgn baju-baju kita yang berpeluh ni, nanti habis ruam badannya. Baju dia dibasuh berasingan. Makin besar masalah itu sudah hilang, cuma dia sungguh sensitif, berpeluh panas, pastinya naik ruam penuh satu badan. Ingat lagi masa first gathering geng jurnal kat KLCC November 2001. Cuaca panas sekejap jer kulit naik naik ruam. Sampai ada yang tegur, manjanya kulit budak putih ni. Ermm apa nak buat, mama terlebih makan soya kot masa mengandung. Kalau kena cubit ngan mama atau kena tampar sikit pun dah merah menyala kulitnya, mesti mama kantoi. bila dia nangis, dan babah nampak ada birat-birat kan lengan comel dia, Alahhh babab sikit jer, bukan tampar sangat pun macam tepuk jer. Pun dah merah macam kena lempang pulak. Aku sendiri rasa takut tengok kalau lekat merah kat tangan dia.

okeh..kerja menimbun ni....

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng