2003-08-11

Akademi Fantasi..

Aku akan merindui Akademi Fantasia...

Aku akan teringatkan..

* Aksi nakal Vince dan Khai yang selalu mengusik Nija.

* Aksi manja rock Nija bila kena buli dengan Khai dan Vince.

* Betapa nakalnya VInce bila mendukung Nija dan seolah-olah nak humban Nija bila Vince dah geram sangat Nija asyik bergaduh dengan dia.

* Tarian Khai yang sungguh cute.

* Nemo yang paling manja dan sungguh berjaya mencuri hati penonton AF dengan gelagatnya bersama Papa Nemo.

* Lawak sponton Aznil. Aznil sungguh pandai bermain expressi muka, jelingan mengada-ngadanya sungguh menarik. Kalau buat muka ala-ala pendengki lagiii menjadi.

* Aku rindukan suara merdu rosma.

Eiiii banyak betul kalau aku nak tulis kat sini..aku sudah faham apakah realiti drama yang astro maksudnya. Bagaimana setiap hari kita menonton gelagat mereka. dan bagaiman kita sama-sama merasa kesedihan apabila salah seorang dari mereka terkeluar.

Aku menangis bersungguh-sungguh apabila Rosma terkeluar. Aku menangis juga apabila Sahri yang sungguh berbakat terkeluar, dan aku melompat keriangan sampai kena marah ngan laki apabila Nana terkeluar. Aku menangis semasa menonton saat-saat akhir konsert akhir apabila Adi menyanyi lagu Aku, Kau dan Dia, dan Sahri menyanyi lagu ..erkkk lagu apa yer..tp mmg best. Aku sedikit kecewa apabila Rosma menyanyi lagu My All, tidak begitu bagus, Aku rasa bosan apabila Nana macam tak reti nyanyi lagu rentak, lain, mesti lagu rentak gedik jer. dalam sedih-sedih tiba-tiba aku jadi gembira dan tersenyum semula apabila mereka menyanyi lagi Thank You for The music beramai-ramai, bersama Aznil...aduhai..betul-betul happy jer...tapi aku rasakan lagu tu lebih happening kalau dinyanyikan selepas keputusan diumumkan...dan mereka beramai-ramai bersuka ria dengan iringan lagu itu hingga akhir rancangan.

Ermmm selepas ni...bosanlah malamku...8.30-9.00 malam....(jgn pulak nak kata aku tengok rancangan hiburan ni sampai tak solat dan tak baca Quran dan baca Yassin, semua itu masih dapat dilaksanakan...cuma takkan nak tulis kot..kang orang kata kita menunjuk-nunjuk pulak...)

Ermmmm aku rindukan mereka di AF...termasuk Encik Baha.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng