2003-07-29

Lagi-lagi akademi...

Yeahhh..yeah...misi dan strategi mengundi minggu lepas yang aku lancarkan di astro.com.my melalui forum komuniti telah berjaya menyingkirkan Nana. Sorrylah bukan aku benci Nana..tapi aku rasakan cukuplah penyingkiran Rosma sebagai satu penganiayaan untuk dia. Sebab Rosma sebenar-benarnya layak untuk dikekalkan tetapi hasil kelalaian semua dia tersingkir. Bila dia tersingkir satu Malaysia kecoh, semua peminat AF, buka mata, hit utk Astro.com.my melonjak-lonjak sampai server jadi lembab, sampai webmaster astro terpaksa hadkan limit setiap kali kita reply mesej. Sehinggakan Utusan Malaysia melalui seksyen 3 Hiburannya mengadakan satu ruangan khas untuk peminat mengemukakan ketidakpuasan hati. Bak kata penulis dalam kolum itu, dalam masa hanya 6 minggu, dari seorang gadis yang tidak dikenali, tiba-tiba dengan penyingkirannya Rosma terus popular.

Apabila Rosma tersingkir, maka rata-rata peminat dan peng-afundi-afundi di AF muka mata, mereka tidak mahu kehilangan sebutir bintang lagi. Aku akui, Nana merupakan salah seorang pelajar favourite aku semasa awal rancangan akademi fantasia. Aku suka telatahnya bersahaja, manja dan suara husky voice dia. Tetapi sayangnya apabila dia menyanyikan lagu Camelia Rindu Padamu aku merasakan dia bukan pelajar yang versatile. Dia hanya boleh menyanyikan lagu sedikit funky dan tidak bagi lagu-lagu slow atau jiwang. Sejak hari aku rasakan dia kurang berbakat. Tetapi masa itu misi untuk keluarkan atie lebih kuat, kerana Atie sedikit over gelagatnya terutama bila bab menangis. Dan Atie memang ketara tidak berapa pandai lenggok bernyanyi. Jadi ramai lebih utamakan untuk mengeluarkan Atie. Selepas Atie terkeluar, memang misi awal ialah untuk keluarkan Nana, tetapi malangnya Burn menjadi mangsa. Sedangkan Nana menangis semasa menyanyi lagu Misha Omar Halaman Cinta.

Ok berbalik kepada punca misi untuk menyingkirkan Nana, kemuncaknya ialah apabila dia mula menangis apabila mendapat lagu Misha tadi, aku sudah merasakan she should be out. sebab dia bukan versatile, tidak seperti Liza, walau vokal dia kurang menyerlah tetapi dia seorang yang mempunyai semangat ingin belajar dengan baik. Dia berusaha menyanyi apa jua lagu yang diberikan, kemuncak yang membuatkan aku rasa Nana patut keluar ialah apabila sessi vokal bersama Pn. Siti Hajar apabila dia tidak bersungguh-sungguh menyanyi lagu itu, dan rosma sebagai kawan cuba membantu, tetapi dia tidak mahu membantu diri sendiri. Akibatnya dia dimarahi, dan aku rasa pepatah "WHAT U GIVE U GET BACK" amat sesuai utk Nana kala itu.

Sejak hari itu aku rasa betul-betul dia tidak layak berada di sana. Suara unik dia hanya sesuai untuk dia menyanyi lagu berkonsep funky dan rancak bukan utk semua lagu. Mungkin bagus untuk tidak tetapi tidak bagi penonton yang membuat penilaian, kita mahukan seorang artis berbakat. Seperti kata Siti Hajar, kalau kita jadi artis dan dapat sponsor untuk satu konsert dan, sponsor senaraikan tajuk lagu untuk kita menyanyi, just because kita tidak suka lagu-lagu yang diberikan kita tolak offer. Aku setuju sangat, dengan kata-kata itu. Tetapi malangnya Burn terkeluar minggu itu.

Nasib malang Nana bertambah apabila Rosma yang membuat persembahan dan vokal amat baik tersingkir pada minggu ke enam. Penonton semakin tertekan dan meluat, dan keadaan itu terus menyebabkan ramai pengundi mengalih strategi mengundi iaitu mengudi top 5 tanpa Nana sebagai salah seorang darinya. Seperti aku..I don't care,who will be top 5 as long as not Nana. So skrng dia sudah tidak ada, aku bebas untuk mengundi siap terbaik. bukan tumpuan pada top 5 lagi dah. Satu-satunya yang aku rasakan perlu kekal ialah Vince. Dan aku rasa dia patut jadi juara, kerana dia satu-satunya yang mampu menyanyi semua lagu dengan baik, walau bukan seorang melayu. Dia membawakan semua lagu dengan bersahaja. Seperti lagu Samrah Mentari, terus terang aku katakan, aku dan darling under estimate dia semasa dia dapat lagu itu, sehingga pada malam konsert aku sedikit risau takut dia melakukan kesilapan yang besar, tapi dia betul-betul hebat!!

2.Azizi

-dia merupakan antara kedua aku suka selepas Vince, tetapi sudah dua kali konsert aku dapati dia ada kelemahan tersendiri. Dia tidak begitu selesa dengan lagu berentak pop rock. Tetapi vokal dia masih bagus. Seperti kata orang kuat Astro, EN. Zainir, setiap pelajar bertanggungjawab utk memasarkan diri sendiri, dan aku rasakan dia terlalu low profile sehingga orang tidak begitu prihatin dengan keujudan dia. Dia humble. Aku suka...

3. Sahri

- Vokal bagus, tetapi dia kadang-kadang sedikit over, dia patut bersahaja seperti Vince. Dia kadang-kadang nampak terlalu syok sendiri. Dan apabila menari dia keterlaluan dengan mimik mukanya yang kurang menarik. Bakatnya memang besar, cuma kadang-kadang dengan saiz badannya yang juga besar, dia tidak sesuai untuk menari sebegitu hebat, kerana nampak gendang-gendut sahaja. Sorry Sahri, pahit tapi benar. Lihat sahaja tarian bersahaja M. Nasir, Ramli Sarip dan Zainal Abidin, mereka menari tetapi tidak terkinja-kinja seperti Sahri. But mungkin itu kehendak guru tari mereka may be!

4. Khai

baru nampak bagus apabila menyanyi lagu Aladdin ni, sebelum-belum ini suara sering pecah, dan tidak boleh menyanyi key tinggi. Kita tak punya pilihan lain kan???

5. Liza

Berbakat tetapi takut-takut. Sedikit kaku, bila menyanyi lagu Bunga-bunga Cinta kali ni vokalnya baik sekali, kalaulah dia menyanyi lagu ni minggu ini, sure Nija terkeluar. Boleh tahanlah suaranya.

6. Nija

Suara bagus, imej rock, suara juga husky, boleh menyanyi key tinggi, tetapi kadang-kadang bermasalah menyanyi key rendah. Cuma aku tidak berapa berkenaan imej dia. Bila bercakap macam lalok semacam, dan bercakap dengan audien macam dia bercakap dengan kawan-kawan dia, terlalu kurang sopan kadang-kadang. dia perlu banyak belajar PR lah budak ni...supaya communication lebih baik. Kalau dia bercakap selalu buat aku bosan, tetapi tidak bila menonton persembahannya.

Apa pun aku tunggu performance Nija, Khai dan Liza minggu ni....kalau Khai tidak bagus, aku akan undi Liza dan Nija, kalau Nija tak bagus aku undi Khai dan Liza, kalau Liza tidak bagus aku undi Nija dan Khai....Minggu nilah keputusan paling berat untuk kita lakukan...

okeh..selamat AFUNDI !!!

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng