2003-07-23

Saya busy tetapi....

Saya nak jugak update jurnal dengan tujuan berkempen untuk menyingkirkan Nana, untuk konsert akademi fantasia yang akan datang. Updatenya jurnal saya pada hari ini adalah semata untuk berkempem kepada anda semua yang meminati akademi fantasia supaya mengundi top 5 dengan tidak membuang duit mengundi Nana. Maknanya...kebiasaan kita ialah termasuk aku sendiri akan mengundi orang yang sama 2-3 kali, seperti minggu-minggu sebelum ni aku asyik afundi azizi, 3 kali, dan undi Vince sekali rosma sekali...salah rupanya bermakna aku sms sebanyak 5 kali untuk mengundi hanya 3 pelajar. dengan harga sms yang sama.

Strategi kita minggu ini ialah dengan mengundi top 5. Tidak perlu risau kerana kalau kita-kita semua undi top 5 ni, mereka akan berjaya ke final. Rosma adalah mangsa ketidak cekapan para pengundi sebenar. Aku jua silap, aku hanya undi sekali untuk dia dan undi azizi 3 kali. Ini kerana aku berpendapat azizi agak goyah, dan dia perlu di sms banyak kali supaya undinya meningkat, dan dalam masa yang sama berfikiran ohhh rosma pasti akan top 5, ramai peminat dia so aku tak payah undi dia banyak-banyak. Rupanya aku dan ramai penonton lain silap. Aku dan ramai penonton saling berasa tak per dah ramai undi rosma, sebab itulah minggu lepas vince hanya berjaya mendapat nombor 3 selepas konsert kerana mungkin pengundi lebih beri tumpuan kepada liza, dan sahri kerana mereka agak bagus pada malam itu. Liza yang agak pemalu berjaya menari walau tidak berjaya 100%.

Sooooo for this week tidak banyak pilihan yang kita ada..yang pasti kita kekalkan 4 lelaki dan seorang wanita. Marilah kita hanya undi top 5 iaitu,

1. Vince

2. Sahri

3. Azizi

4. Khai

5. Nija/Liza

(Kita terdesak dan tidak punya pilihan untuk memiliha perempuan lain, sebab patutnya rosma adalah satu-satunya wanita yang harus berada di final tetapi hasil kesilapan kita dia sudah terkeluar)

Don't vote for Nana. Aku bukan benci Nana. Tetapi semalam Nana berjaya membuat aku sedikit meluat dengan dia apabila memakai baju sendar pendek nampak pusat dan membuatkan aku rasa eeeii... anak polis ker tu? ialah pusatnya bertindik. Wowwww.....anak polis yang hebat!! Selain suka memakai pewarna kuku yang sah-sah kita tak boleh pakai waktu sembahnyang, tetapi Nana memakainya dari minggu pertama sehingga minggu ke enam, ermmmm takkan period lak kot...Aku tidak suka tengok perempuan bertindik pusat, kalau omputih pun aku geli nak tengok inikan pulak budak pompuan melayu, dan islam pulak tu..adoiiiii apa sudah jadi..

So to all voter, please vote for the top 5. Kita penonton yang sporting, dan matang. Kita pilih mereka yang berbakat.

For mer Nana rugi kerana dia punya husky voice, husky voice adalah satu bonus kepada seorang penyanyi kerana dia punya suara yang unik. Tetapi sayang Nana tidak seperti Ella, Shima, Eizlyn yang pandai melenggokan melodi nyanyian mereka dengan baik, Nana menyanyi dengan suara yang mendatar, dia tidak pandai menghayati. Dia hanya boleh menyanyi dengan baik apabila menyanyi lagu yang sudah dihafal melodi dan dia suka nyanyi. Kalau kita perhatikan, bila Nana menyanyi lagu tema akademi fantasia, iaitu Menuju Puncak, dia boleh menyanyi dengan husky voice dia yang bagus, begitu jua semasa dia menyanyikan lagu I Will Survive. Tetapi kita tidak mahu artis begitu. kita mahu artis yang versatile yang boleh menyanyi pelbagai lagu dan pelabagi rentak.

So jangan lupa, undilah mereka top 5 yang berbakat itu...

selamat mengundi..

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng