2003-07-21

LAGI-LAGI AKADEMI FANTASIA..

huhh terima kasih kepada astro kerana rancangan Akademi Fantasia membuatkan saya perlu update jurnal saya..

TAK PUAS HATI....

Sungguh tidak patut....sungguh sukat dipercayai undi SMS...Rosma, seorang yang amat berbakat, satu-satunya perempuan yang berbakat besar di dalam Akademi Fantasia, telah terkeluar. Betul teori aku dan dipersetujui ramai, kebanyakan penonton confident yang rosma akan berada di top 5 bersama vince, dan mereka terlupa untuk mengundi dia atas kedudukannya yang selesa itu. mereka sebaliknya mengundi azizi, sahri dan Liza yang mana mereka rasakan Liza, Sahri dan Azizi perlu kekal di AF kerana persembahan mereka yang baik pada malam itu. Liza mungkin tidak sebaik Rosma tetapi malam itu dia lebih baik dari Nana dan Nija, malah lebih baik dari Atie.

Jadi undi untuk Shari dan Liza melonjak naik, kerana itulah jika sebelum konsert mereka antara rating tecorot tetapi akhir konsert mereka dapat tempat pertama dan kedua. Aku rasa undi SMS itu betul, tetapi, cara undian peserta itu tidak betul. Undi itu tepat...cumanya selain undi sms, sepatutnya gunalah juri profesional. Aku yakin kalau juri Pro ada, sah-sah Nana tak sempat sampai konsert ke 6. Aku rasa orang macam Nana tu tak layak masuk Akademi pun, aku tak tahu siapa yang buat uji bakat kat Johor Baharu, dan orang yang bertanggungjawab membawa dia ke Akademi Fantasia. Buta seni agaknya orang itu. Or mungkin masa perform kat uji bakat tu dia bagus kerana menyanyi lagu yang disukainya, dan dia memang menghayati lagu itu, tetapi dia bukan berbakat, kerana boleh menyanyi semua lagu dengan baik.

Malam itu aku undi Rosma sekali dan dua kali undi Azizi. So aku tak rasa bersalah sangat, yang aku bengang orang yang heboh minat tapi tak mengundi...tak yah bising2la....tak der sumbangan pun....bila dah rosma keluar barulah orang lain buka mata sibuk-sibuk nak daftar nama nak undi, takut azizi dan vince yang berbakat itu terkeluar. Tetapi sayangnya orang yang berbakat besar seperti Rosma sudah terkeluar. AKu harap siapa yang minat Azizi afundilah azizi dan vince sebab mereka betul-betul berbakat.undi sekali pun dah cukuplah...kalau vote kat internet pun diambil kira, aku yakin nana dah lama out....iyerlah kalau sms kena bayar, kalau melalui internet, belasah office punya, sambil buat kerja. Biasalah manusia nak benda free. Tapi aku memang undi dari minggu pertama, last week aku undi semua yang aku rasa top 5, dan hasilnya rosma dapat no. 1.

Aku rasa kalau semua penonton akademi undi utk top 5. minggu lepas spt

1. Vince

2. Rosma

3. Azizi

4. Sahri

5. Khai

sure Rosma masih kekal...

so the next week please jangan undi seorang sehaja, sebaliknya teruskan undi top 5 tu, dan strategi ini akan membuatkan top 5 boleh maintain. and please jangan vote for Nana. Memalukan kalau industri hiburan negara kecil seperti MALAYSIA untuk punya artis begitu. Biarlah orang luar bukak mata. Negara kecil tapi punya artis berbakat besar. Aku rasa Malaysia sebenarnya ada artis berbakat besar walau tidak ramai, dan biasalah orang Malaysia nak yang cantik jer..aku rasa kita punya ramai artis yang bagus, antara yang aku minat ialah, Siti Nurhaliza dan Siti Sarah. Yang aku tak minat tapi berbakat ialah, Ning Baizura, Annuar Zain, Thoo Phat, Shiela Majid, Sharifah Aini, Anita Sarawak, Hazami, Misha Omar.

Aku rasa hasil dari Akedami Fantasia akan wujud Vince dan Rosma. Sangat berbakat...masyyuukk jer nyanyi lagu apa pun, macam last week, Rosma nyanyi lagi Tragedi Buah Epal, satu lagu yang aku tak pernah nak minat, tetapi Rosma nyanyikan dengan baik dan enjoy, aku jatuh cinta dengan lagu itu, begitu juga dengan lagu Bunyi Gitar yang Vince nyanyi...wowww rasa macam Elvis tengah menyanyi lagu P. Ramli, sampai Aznil pun cakap, begitulah gayanya kalau Elvis nyanyi lagu P. Ramli.

Erkkk siapa tak pernah tengok Akedemi Fantasia mungkin tidak tahu apa yang aku bicarakan. Jadilah cubalah berlanggan Astro atau pun setiap hari pukul 8.30-9.00 malam pergilah bertandang ke rumah/ kedai kopi yang ada astro tengok diari akademi dan setiap sabtu 8.30-10.30 malam tontotn konsert akademi. barulah faham....

AFUNDI....minggu ini

1. Vince

2. Azizi

3. Sahri

4. Khai

5. Nija/Liza

please not Nana...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng