
2003-07-18
Tahniah buat diri sendiri..
Sebelum diupdata sekali lagi hari ni, aku nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana kerana mempunyai tahap kerajinan diri yang melampau sejak akhir-akhir ni dan mengupdate jurnal, hampir setiap hari..Syabas dan tahniah kepada seorang penjurnal tahap malas seperti aku. Nampaknya gelaran tuan punya jurnal paling malas update boleh aku serahkan awardnya kepada encik SPYZ. (weii apa ni malas update jernel..ada jurnal tak update baik tak yah ada jurnal...wah..dengan berlagak pnut pun berkata...)ha..ha...eksyennya aku pada hari ni..
tak baik eksyen-eksyen dihari jumaat. Hari ni aku pakai baju kurung warna merah tak merah sangatlah sedikit pink, dan tudung warna purple lembut dan bunga-bunag corak merah-pink sama macam baju, Kak Nab pun pakai tudung purple, Ana pun pakai tudung purple, Kak F pun pakai tudung purple. Sewaktu pergi makan pagi tadi (ohh kerja gomen mesti pergi minum pagi..he..he..) kami kelihatan seperti sekumpulan nasyid tidak pun seperti kumpulan boria pulau pinang sahaja. dan aku ketuanya sebab baju aku saja baju berwarna merah begitu. Dan sungguh menggagumkan betapa ramainya orang memakai baju/tudung berwarna purple hari ni di office seolah-olah hari purple sedunia pulak.
Jabatan kami dapat seorang typist baru. Menarik wajahnya, senyum manis ada tahi lalat di atas bibir dan di pipi kiri. Ada lesung pipit yang membuatkan senyumannya sungguh menarik. Memandang wajahnya manis begitu, aku teringatkan typist fakulti aku dulu, Kak W, cantik senyumanya dan sungguh laju menaip, kagum aku seketika dulu. Typist di PNM pun cantik orangnya dan sungguh bergaya, berbaju kurung bersulam-sulaman, kita yang pegawai pun kalah. Iyerlah mungkin husband typist tu kerja besar mampu beli baju lip-lap kepada isteri dia. Sesuatu yang menggemparkan kami disini ialah typist baru kami tidak memakai bra. Gempar satu office. Nak tahu kepada dia tak memakai pakai bra? mestilah ada sebabkan kenapa seseorang tu tak pakai bra. Contohnya semasa dalam pantang, nak menyusukan anak, kita tak pakai bra sama jugak dengan typist baru kami ni, nak tahu kenapa sila tunggguuu sehingga ke hujung siaran.
Kutub Utara Kutub Selatan...
RTM dan TV3 seperti biasa bila hendak menjimatkan kos dan membuat duit melalui siaran iklan tanpa mengeluarkan modal yang besar mereka kitar semula. Mereka putarkan semula drama yang mereka anggap top. Sekarang sudah ada siaran ulangan Kutub Utara Kutub Selatan di TV2 jam 6 petang, waktu perebutan antara mama dan Najmi sebab Najmi akan berebut nak tengok Telletubbies (betul ker ejanya) kat Astro Ria. Mama terpaksa buat-buat lupa, ada kalanya Najmi leka main lego dia tak ingat siri itu, mama senang hati dapat tengok drama.
Semalam kelakar bila aku tengok part nak tanam uri lepas Nasha Aziz bersalinkan baby dia. Maknya nak tanam dalam periuk dan tanam sekali dengan pokok bunga supaya baby tu nanti bila dah anak dara cepat dipinang orang. Yang Norlia Ghani pulak nak tanam sekali dengan buku, dan pensel supaya baby tu nanti cepat membaca pandai menulis dan boleh masuk U macam papanya. BOleh cepat pandai mengira dan dimasukkan sekali dengan pemadam (orang utara sebut RABA, actually Rubber) Paling best bila besannya nak perli dia, letak raba supaya pandai raba orang, nak lagi cucunya cepat mengira tanam jer dengan kalkulator, katanya lagi, zaman sekarang dah tak tulis orang guna komputer, habis tu tanam sekali dengan komputer. Ha..ha...kalakau jer....aku gelak..
Belum sempat habis tengok drama akak au sms akak sebelah rumah ajak main badminton. Kami keluar main badminton. Baru jer nak berpeluh dah orang Kementerian kesihatan pulak sembur asap nyamuk tu lintang pukang lari masuk rumah. Putrajaya antara kawawan Denggi tertinggi. Tapi tak masuk paper kan??? Tapi aku rasa happy tinggal di Putrajaya, lenggang, petang-petang seronok tengok ramai orang satu family kayuh basikal bersiar dan exercise, orang berjogging dan kami sendiri bermain badminton di taman. Kemudian banyak aktiviti kemasyarakatan. Ada jer ceramah agama, kesihatan, kekeluargaan dan upacara berkhatan beramai-ramai. Paling best upacara berkhatan tu lah, dah ler menteri datang rasmi dan mandikan mereka yang nak berkhatan. Mak bapaknya bayar seorang 15 ringgit jer kos berkhatan anak-anak dan anak-anak pulak dapat duit hadiah dari menteri sorang 50 ringgit. Untung berganda, kenduri ditaja. meriah mengalahkan dikampung. Sekarang ni sedang berlangsung pertandingan kediaman tercantik dari berbagai jenis rumah, dari apartment sampailah ke banglo sebijik-sebijik tu. AKu tak masukler sedar rumah jer lawa, tapi perhiasan dan perabot tak lawa. he..he.. Kemudian ada kem motivasi utk pelajar SRP, SPM.
Ada juga rombongan persatu ke tempat-tempat menarik. Ada family day blok-blok di kawasan apartment. Ada majlis tahlil beramai-ramai. DI perpustakaan komuniti pun ada aktiviti kanak-kanak, pertanding mewarna bercerita. Selalu ada karnival, memacam di sini. Memang seronok duduk di sini. Iyerlah tempat gomen...Aku rasa satu environment yang sungguh menarik hidup disini yang tidak kita dapat lagi suasana begini ti taman perumahan lain. Kalau ada sila beritahu saya di mana adanya kawasan perumahan begitu aktif. Tahniah buat penduduknya.
OKlah kejap lagi aku akan ke Damansara, ke FMM membuat persediaan untuk pameran pada hari Isnin nanti. Seperti biasa outing jer...lately...buat kerja luar...tapi seronok jugak dapat pergi tempat orang dan tidak hanya terperuk di rumah. OKlah jawapan kepada persoalan kenapa typist baru kami tidak pakai bra ada dibawah...sila scroll....
.......................
...................
................
............
.......
..................
.............
sebab......
dia lelaki......
aper...ingat typist tu pompuan jer ker..?? kenapa tak percaya....??
« LAMA
::
BARU »