
2003-07-17
Akademi fantasia..
Wahhh ramainya peminat Akademi Fantasia...kalau tengok ruang Forum yang dibuat di ASTRO sekejap jer meletup-letup setiap topik yang diutarakan. Di forum Sembang Melayu.com pun ada satu ruangan Forum untuk peminat Akademi Fantasia...Paling-paling best...bila semua-semua orang tak suka Nana..yeah..yeahhhh betul..harap Nana terkeluar minggu ini....Vote me for Azizi, Rosma and Vince..Kepada mereka yang tak der Astro, tapi nak dengar suara sedap Rosma (sedap macam ice-cream perisa coklat) dan tak suara tak sedap Nana (macam...eeeii macam apa yer...) ok kalau siapa nak dengar boleh download suara live performance diaorg kat SULTAN MUZAFFAR aku dah ada suara best Rosma menyanyi pada aku dah berbelas kali untuk hari ini sahaja.
Okeh...aku dah semakin rajin mengupdate jurnal. Satu perkembangan yang sihat...majulah jurnal untuk negara. Kawan aku Farah dan Akiza suka membaca jurnal aku kerana penghibur di kala duka...aku sentiasa menjadi badut untuk mereka. Ya..Akiza dan Farah dua orang manusia yang suka gelak dan kalau mereka sudah mula gelak, hanya penat sahaja yang dapat menghentikan mereka.
Cerita Semalam...
Semalam sudah berakhir satu Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Dato Seri dot.dot.dot... Lega semuanya selesai. Protokol semua beres dengan bantuan PRO Jabatan En. Zek. (bukan nama sebenar..) dia banyak membantu dari urusan protokol sehinggalah ke press conference. Ramai wartawan datang termasuk RTM dan NTV7. Malamnya aku siap-siap masak dan tunggu depan TV nak tengok berita. Tapi hampeh pat juta kali hampeh, ada gambar temuramah dengan dia soal isu alam sekitar plak. Aku dah agak dah. Penat aku menjayakan majlis tu, press alih2 excited tanya pasal isu lain plak. Datang even kami, makan makanan kami sediakan, penat kami sediakan press kit, poster banner sekali yg di buat liputan soal isu alam sekitar. Tak patut sungguh.
Darling sempat perli-perli aku, nampak sipi-sipi jer backdrop yang kami penat2 buat masa temuramah menteri dengan wartawan tu...eeeiii geramnya dengan darling...
Najmi semalam tidur awal bukan main, masa on the way balik dari pasar malam pukul 7 lebih kurang dia dah lena dalam kereta. Tak makan nasi, tak mandi, tak tukar baju tido. Dah lepas maghrib aku kejut-kejutkan taknak bangun dia. Bangun kejap duduk sambil buka mata, aku pujuk suruh makan, tak nak dia, aku tukarkan baju, kasi milo, terus zzzz balik. Najmi-Najmi, nakalnya anak mama sekarang, mulut dah petah, tak banyak pelat dah sekarang, dah besar anak mama. Babah kata dah boleh ada adik..mama pun dah setuju. Tunggu rezeki datang, Usaha diteruskan..perjuangan yang belum selesai..he..he...mudah-mudahan tahun depan akak dapat baby girl...aminnnnnn
Cerita bab baby, tahniah buat Mohd. Dzulkhairy atas kelahiran baby boynya seberat 3.2 kg. Aiman Syahmi. katanya. klon dia sudah lahir...he..he..tahniah semoga menjadi anak yang soleh...eeeiii dah jadi bapak kau yer....macam tak percaya...kenapa tak percayaaa??
Tahniah...tahniah...tahniah..
« LAMA
::
BARU »