
2003-07-15
Akademi fantasia..
Sekarang tengah top tunggu di Astro Ria Akademi Fantasia. Satu idea kreatif dari Astro. Rancangan bagus. Oklah mari kita ceritakan serba sedikit mengenai Akademi Fantasia di sini..kira free promo ni...ada terdapat seramai 12 orang pelajar dalam akademi ni, yang dipilih melalui uji bakat yang adakan dibeberapa tempat Malaysia ni.
Kesemua mereka ditempatkan di dua buah banglo di the mines, dan di kumpulkan dalam satu bangli iaitu Akademi Fantasia, disitu mereka belajar menyanyi, berlakon, menari dengan ramai tenaga pengajar profesional, seperti Adnan Abu Hassan, Siti Hajar, Siti Fatimah, Linda Jasmin. setiap minggu mereka akan diberi satu lagu untuk dinyanyikan pada malam konsert iaitu setiap hari Sabtu. Sepanjang minggu itu mereka akan berlatih menyanyi lagu tu, diakhir persembahang seorang peserta akan diundi keluar melalui undian sms, tidak ada juri profesional cuma pengkritik sahaja dijemput. (aku tidak suka undi sms sebab budak-budak muda pilih mereka yang cantik, hensem sahaja, nyanyi tah hapa-hapa..)
Setakat minggu lepas sudah 4 orang diundi keluar, tinggal lagi lapan orang..paling-paling aku tak suka ialah atie dan nana. Atie sudah terkeluar, dan nana masih kekal..siapalah yang tidak mahu menilai seni yang mengundi nana pun aku tak tahu..aku paling suka vince, may be sebab aku kenal dia, masa aku kerja kat kolej muzik dulu, dia student situ. dan aku juga suka azizi, dan rosma. betul-betul berbakat. Si rosma sesuai menyanyi apa jua lagu, macam pro. Azizi aku suka selain pandai menyanyi dia humble dan suka beralah dengan orang lain.
Memang hot dan sensasi sekarang di Astro, di office ni aku tak der geng nak cerita pasal Akademi Fantasia, geng officemate tak ramai yang ada Astro, darling best sebab geng dia kat office asyik bercerita bab Akademi Fantasia jer, (siapa kata lelaki tak pandai gossip..? sorang kawan lelaki darling kata dia nampak perut nija hitam...) ha..ha..lagi teruk sampai perut org pun diintai...
Ok selain Akademi Fantasia, drama bersiri Dalam Hati Ada Cinta, lakonan AKO MUSTAPHA
dan Ummie Aida, menangis-nangis aku tengok lakonan real Ako dan Ummi Aida. sungguh hebat. Rashid Sibir memang hebat, setiap pelakon yang berlakon dibawahnya memang betul-betul digilap. Tidaklah statik seperti drama Gelak Khas tu...jalan cerita yang sungguh mencuit hati, aku terusik dengan lakonan romantis mereka. Sampai aku cakap kat darling, " Bang bayangkan kalau kita ada dalam situasi begitu, mesti sedihkan," darling senyum jer. Aku suka watak Ummie dalam cerita tu walau aku tak minat Ummie, aku suka watak Ellie Suriati walau aku tak minat dia, Aku suka Ako sebab memang aku minat dia...he..he...(Ako are u reading?)
Semalam jugak kami berdua bernostalgia bersama-sama..lepas menonton drama, puncanya bercerita bab iklan Kereta Ford tu, alaaa yang mamat dua orang makan pisang sesikat, kemudian terbaling kulit pisang jatuh atas Ford Ranger tu, kemudian mereka kejar kereta Ford tu sebab nak kutip semula kulit pisang yang terjatuh ke atas belakang lori pick-up tu, mereka kejar dengan motor buruk semata tak nak kereta tu comot dan mamat kurus tu yang bawak motor buruk tu, kawan dia bob yang gemuk tu kat belakang. bila dapat kejar kereta tu, dengan muka selamba si kurus tu pergi kutip kulit pisang dan lap kereta ford tu dengan baju...itu nak menunjukkan betapa respectnya mereka dengan kereta ford tu. AKu suka..setiap kali iklan tu aku mesti gelak.
Ok berbalik kepada nostalgia, dulu kami ada motor buruk begitu AAV 4042, Rudi, Mie, Cik Easy, Aquil, Cumi, Cik Daun, Aidil, Nett, semua pernah tengok motor buruk itu, motor itu sudah dijual dan diganti dgn EX5 Class WKU 227. Memori naik AAV 4042 masih segar dalam ingatan. Aku mengandungkan Najmi, motor itulah yang membawa kami bertiga...Najmi dalam perut, so darling kata Najmi berada ditengah2 babah dan mama. Iyellah dulu kami kerja kat tengah2 KL jalam jammed so kereta memang jarang guna. biasa guna kereta kalau hujung minggu dan kalau hari hujan.
Motor itu pernah putus rantai di tengah jalan. Pancit tak usah kiralah, berkali-kali. Ekzos hampir tercabut pun pernah, tapi mujur aku dah sampai office. darling tukar ekzos baru, yang nampak berkilat hanya ekzos, lelain berkarat. Aku kelakar tengok motor tu tapi nak buat camner dalring sayang sangat motor tu. motor tu buruk kalau kawan-kawan aku kat PNM dulu tengok aku naik motor tu mereka selalu gelak, kata mereka kesian motor itu. Haris, kawan aku kata, kalau beli sabun cuci kain, hadiah percuma motor tu, pun fikir 7-8 kali nak ambil. takut maintainence lagi tinggi nanti. Hampeh punya Haris.
Bila pindah Putrajaya, darling terpaksa jual motor itu, dan beli motor baru. Iyerlah bukan dekat Putrajaya nak ke Jalan Raja Chulan tu, mau sejam lebih nak sampai opis. Masa darling jual aku gelak sakan, terfikir ada jugak mamat nak beli motor tu. Tapi motor itu memang nostalgia...ada sekali hujan lebat, darling tak boleh datang ambil aku, terpaksa aku duduk office masa tu office lama kata Jalan Pahang tu, lepas pukul 7 semua orang balik dan aku pun keluar dari office lepak kat stesen minyak mobil. Masa tu aku mengandungkan Najmi. Sedih tau, dalam wallet hanya ada dua ringgit. Pagi tu darling nak kasi duit tapi aku tak nak sebab bulan puasa, bukan aku nak beli apa pun. Bila petang hujan pulak lebat, ATM machine dalam Mekdonel tak leh guna, jadi aku bajet-bajet jer buka puasa dengan duit dua ringgit, beli roti seringgit dan air soya sekotak, habis dua ringgit.laparnya perut. Insaf betul masa tu, dekat pukul 9 baru darling datang, aku menangis lapar, kemudian darling belikan makanan. Moral of The story, kalau laki kasi duit lain kali ambil jer....
« LAMA
::
BARU »