
2003-07-09
Penat...
Penatnyaaa....sejak hari khamis minggu lepas sampailah ahad, bertugas di EXPO SMIDEX 2003, di PWTC, wahh org Sdimec kena ucap terima kasih aku kasi promote free ni..penat sangat. Dan biasalah pegawai gomen, mana dapat overtime, hanya dapat cuti ganti jer, so hari isnin dan selasa aku bercuti ganti. Isnin hari membereskan segala macam jenis kerja rumah, membasuh basuh, basuh lantai wet kitchen, mop lantai tingkat bawah, atas, basuh bilik air atas sahaja, bilik air master bedroom tak basuh pun, sebab jarang guna, hanya guna untuk 'menunaikan hajat' di tengah malam, jer jadi lantai tidak kotor, kami mandi manda di bilik air tetamu di tingkat atas, besar dan selesa. Satu keistemewaan design rumah ni aku suka sebabnya bilik air utk tiga bilik tetamu itu bukan bilik air jenis berkongsi pintu, bilik airnya terletak di tengah-tengah antara tiga bilik itu, berdepan dengan master bedroom. Kami sekeluarga hanya guna 1 bilik air sahaja, bilik air tingkat bawah tu pulak, hanya untuk Najmi mandi-manda bila hari cuti dan mandi dipetang hari.
Jadi kelakar apabila ada tetamu yang datang menyinggah guna bilik air bawah, Najmi akan cakap, "ni bilik air abang," he..he..iyalah hanya dia jer guna bilik air tu untuk mandi, mama dan babah tak guna pun, kalau ada pun untuk tunaikan hajat kecil jer, kalau 'berhajat besar' lebih selesa di bilik air tingkat atas kerana luas dan selesa. He..he..dapat lebih 'feelling'. So aku rasa penat sangat hari isnin, pagi-pagi bangun solat subuh, kemudian pukul 8 hantar Najmi rumah Ummi dia, pergi pasar, beli barang mentah, kemudian balik dan mulakan operasi.
Sambil mesin ligat berputar, aku dah capai penyapu, menyapu dua round, kemudian mop lantai. dari ruang tamu, hall makan, dan dry kitchen. Wet kitchen sengaja tidak mahu mop lagi sebab nanti nak memasak dan kotor balik. Selesai sidai baju, memasak gulai lemak udang sederhana besar, goreng kailan, buat ayam masak kicap, goreng ikan, aku letih sangat. tapi gagahkan juga bersihkan lantai di wet kitchen. Kemas dapur, lap microvawe, kemas bilik main Najmi di bawah ni, kemudian mengemop lantai tingkat atas, kesemua 4 bilik di atas disapu, dan di mop.
Habis kerja-kerja tu, mengangkut kain baju, dan seterika semua baju kerja cik abang utk seminggu dan kain baju kerja aku sendiri. Selesai semua hampir jam 3.30 ptg. lepas solat zohor aku terus ZZZZZ..kat bawah, sedar2 dah 5.00 petang, cepat2 mandi lagi, solat dan pergi ambil si mulut becok.
Semalam cuti jugak, terasa nak makan karipap, pagi-pagi pergi pasar beli udang, beli kentang, seketul keledek, balik tu terus siang, hiris kentang dan terus tumiskan lada hitam dan jintan. (Aku tak suka karipap inti kentang + kari tu..) sambil tu sempat jugak menjengah kakak sebelah rumah semasa keluar buang sampah, dia ajak berjalan, membeli langsir, aku on ajer.boring jugak, kemudian lepas siap menguli tepung, dia datang tolong aku mengelim karipap. Dia canai aku kelim, dia kata dia respek aku orang muda tapi pandai kelim karipap..aku cakap apa nak heran kak, saya anak sulung, tak heranlah semua benda kena buat dulu, mak berniaga makan, dari kerja gunting cili kering sampai buat rendang kena buat. Itulah bezanya anak sulung dan anak tengah2 adik aku tak pandai memasak sebab semua urusan memasak Alonggg bereskan, dia pandai mengemas jer, suruh dia mop, susun pinggan, lap sana sini sepanjang hari pun tak apa. Tapi yang jadi kakak ni semua kena buat sendiri, masih ingat masa mak bersalinkan Wani, adik bongsu aku, aku form 2, 2 hari tak pergi sekolah sebab tolong mak, aku sekolah petang, setiap hari sebelum pergi sekolah, dah siap-siap basuh kain baju, jemur, memasak utk mak (lauk lada hitam dan halia,) kemudian masak untuk abah dan adik-adik.
Masa kecil-kecil dulu memanglah merungut, orang lain suka hati boleh bermain-main tengok tv, tapi aku kena tolong mak berniaga, kena tolong potong kentang, kena buat inti karipap, kena kelim karipap, tapi sekarang siapa untung...(bebel mak dulu kita sedar sekarang...) setidak-tidak bila balik kampung mertua sebut, mak teringin nak makan mee rebus, mak nak makan mee kari, mak nak makan rendang, tak der lah aku gabra semacam. terima kasih mak. Adik aku Wani sekarang lagilah, kalau balik berkumpul raya, semua-semua kerja kakak buat, dia jaga anak sedara dia jer. Entahler esok-esok kalau ada anak perempuan tak tahulah macam mana...tak boleh beri komen....mungkinkah situasi aku menjadi anak sulung dulu akan ku terapkan pada anak perempuan. Najmi sekarang pun nampak ok, lepas main kena kemaskan sendiri barang mainan, kira pass la...sebelum mandi, lepas tanggalkan baju masukkan baju ke dalam bakul, pampers buang tong sampah, lepas makan letak pinggan dan cawan dia dalam sinki semua dia boleh terima tak tahulah akan datang nanti.
Ehh terlebih panjang pulak....
« LAMA
::
BARU »