2003-06-06

Nilai murni??

Dulu masa aku kerja swasta selalu gak kutuk geng yang kerja gomen...kerja tak seberapa,cukup bulan dpt gaji..now aku sebahagian dari kakitangan awam, tak wajar sama sekali aku komen kakitangan awam begitu....

Tapi...tadi dari pukul 8.30-11.30 kami diarahkan ke majlis Forum Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Awam anjuran ***. So ada antara kami pergi ke Parcel sebelah guna kereta jabatan or bas jabatan, tapi salah seorang dari kroni aku bawak kereta sendiri, sebab aku tahu majlis akan habis sekitar jam 12 belas dan hari ni hari jumaat, kakitangan awam rehat dari pukul 12.15-2.45. So kami dah plan dgn Mazura lepas majlis nak pegi ke PKNS Bangi. Tepat seperti diduga, pukul 11.45 dah habis, kemudian ada acara makan-makan, tapi kami tak tunggu utk makan kami terus chow...(nasib baik tak pegi mkn, hanya makan laksa johor...aku tak suka..)

Kemudian kami pergi PKNS Bangi, diaorg jer la soping2 aku idakler cuma beli pamper utk Najmi dan beli baju utk Najmi yang murah-murah dan frame gambar yang besar gambar masjidil haram dan ada ayat Quran. Itu jer belian aku oh ya frame tu harganya offer RM7.50 jer. Masa aku tgh Q nak bayar satu brg dibeli dalam Billion, berlaku satu adegan yang aku sungguh menyampah...

Ada satu mak cik ni, gaya mmg macam org kaya lah tapi pakai tudunglah..mula-mula masa nak bayar, dia tanya boleh pakai credit card? budak cashier tu cakap boleh tapi 30 ringgit ke atas. Tapi dia tak bayar pakai kredit kad pun, (bukak wallet luas tunjuk kredit kad bersusun) kemudian tibalah masanya cashier tu masukkan brg beliannya ke dalam beg plastik, dia beli dua bijik tupperware, dua keping papan pemotong, sebilah pisau dan sebiji talam 4 segi...kira brg tu cam besar jugakler, so budak kerja kaunter tu masukkan semua barang ke dalam satu beg besar. Tiba-tiba dengan nada kuat dan biasalah macam mak datin cakap, dai jerit," Eh, jgnlah masukkan dalam satu beg, letak dalam dua beg, anak saya duduk kat kolej kat universiti, kesianlah dia nanti nak angkat barang tu berat universiti dia besar, jauh dia kena berjalan nanti,"

(berat??? tupperware tak isi apa-apa pun berat ker)

Ya, ALlah aku rasa macam nak termuntah, dan macam nak cakap, mak cik saya pun masuk universiti, saya pun duduk kolej, bukan takat beli tupperware bawak naik ke bilik tapi beli datuk nenek tupperware pun saya angkut dari KL ke Shah Alam. Naik bas turun bas. Aku buat derk jerla...itu urusan dia...kemudian budak cashier tu keluarkan semula letak barang dia dalam dua beg kecil sedikit, yang cashier tu pun satu jugak, talam yang dibeli tu lebar jugakler, dimasuknya ke dalam satu beg kecil, tak dapatlah nak pegang dekat pemegang plastik tu, kemudian mak cik cam tarjan ni jerit lagi, "Eh, masuk beg besarlah, u ni tak fikir ker macam mana i nak pegang beng kecil macam tu," budak ni pun tukar lagi. Kemudian, dia nak lekatkan sticker "PAID" dan resit pada plastik tu, sekali lagi dia kena marah, sebab dia nak lekatkan kat tebing atas tu, means tutuplan kiri kanan bahagian atas yang terbuka tu, mak cik kerek ni cakap, "Eh...jgn lekat situ, lekat kat luar jer," Ya ALlah masa ni aku jeling betul kat mak cik tu...menyampahnya...

Kalau yg buat peel cam tu pompuan cina aku tak heran sangat, tapi ini MELAYU, PAKAI TUDUNG...semua org pandang dia, budak kaunter tu dah bengang dan malu, ye lah asyik kena tegur jer dari tadi. Kemudian dia pergi dgn anak pompuan dia sambil dok cakap omputih. Dan dia dok belek apa tah, jauh sikit dari anak dia, dan aku lalu depan anak dia, aku cakap kat Mazura, eeii nyampahnya mak cik tu berlagak...Zura gelak, dan cakap "tahu..." anak dia pandang aku..lantakler...kemudian kitaorg blah...

sekian cerita sedikit melampau di hari jumaat. Maafkan saya mak cik termengumpat mak cik dalam internet...mintakler anak dia baca dan cakap kat dia....baru mak dia tahu...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng