2002-05-08

Gelap!!! Gelap!!

Jalan Pahan Bergelap seketikan, Bekalan eletrik di sepanjang Jalan Pahang (area sekitar tak tauler..) terputus. Boss suruh receptionist call TNB tanya berapa lama bekalan off. Orang TNB kata mungkin 1-2 jam sahaja or mungkin lebih cepat dari itu. Tetapi receptionist aku cakap kat boss, mungkin dalam 3-4 jam, dgn harapan boss suruh balik, tetapi malangnya dia buat derkkkk jer. Sabo jer la…

Berikut ni adalah catatan sewaktu aku bergelap.

Tadi aku tengah surf internet, tiba-tiba Pops!! Gelap gulita, aku jalan pelan-pelan pegi tengok kat luar, semua gelap, aku call receptionist kat atas, dia kata semua level. Dulu kalau black out hanya level aku jer, sebab ada satu soket rosak. Bila dia kata semua gelap aku jenguk blok rumah sebelah ni, memang mereka pun gelap, sahla memang bekalan letrik terputus. Aku mulakan akviti call mengecall kawan-kawan la…sejam aku bercall orang tu orang ni. Aku beranila, sebab Misai ada kat bawah. Hari ni registration student baru/lama. So semua orang kat bawah, aku tak terlibat.

Lepas habis call-call aku turun bawah menyibuk, kena turun ikut tangga sebab lif tak jalan. Dari tingkat 4 menapakla, sampai bawah, aku rasa cam menyesal, nanti nak menapak naik ke atas plak. Tak kesahla. Aku pura-pura sebok…aku pi tengok amoi-amoi dok melangut bersembang. Aku pi la join, aku amik kertas kosong dan aku tulis ini:

Aku tengah update jernel dalam kertas ni, kang dah ok aku nak taip balik kat diaryland. Misai ada kat depan aku, tapi dia buat derk, sebab dia ingat aku buat kerja tapi dia tak tau aku dok tulis pasai dia ni, ada ka dia pakai baju kaler purple lembut, pakai tie kaler merah, seluar kaler coklat muda, tak matching langsung. Bini dia omputih, takkan tak tolong adjust sikit. Ermmm yang pasti dia dah shave sikit, takler nampak serabut jambang dia, pakai baju tak matching pun tapi dia wangi jugak.

Dah la cerita pasal Misai. Kejap lagi pukul 12.00 masa untuk aku pergi lunch. Kami kat sini nak pegi lunch gilir2. Dulu aku pergi lunch pukul 1.00, tapi lepas clerk aku kawin ni, dia mintak pegi lunch pukul 1.00 sebab sama masa dgn hubby dia. Aku tak kesahla pukul berapa pun, sebab aku selalu tapau, aku nak makan pukul berapa pun no hal, aku boleh makan dlm bilik ni kalau aku mau. Janji lepas dia balik lunch, aku take a break 15 minit utk solat. Ok stop sat, nak pergi lunch. Jalan kaki ramai-ramai, tapi amoi-amoi ni pi makan kat kedai puak yang satu tu la..aku pi kedai pondan biasa tu la.

Dah habih makan ni, letrik belum pulih, nak pi gosok gigi dulu…busyukkk makan sambal belacan.

Letrik dah ok, sekarang aku nak update jernel. Meh kita on PC. Dah OK, klik IE, ermmm diaryland.com, log in, username ***** id ****** ok..add new entry. Ok aku nak taip balik apa aku tulis kat kertas tadi...(aku baru nak taip, korang dah habih baca...he..he..pi la sain gesbok..)

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng