
2002-05-07
YB Melawat kawasan
Semalam adik ipar a.k.a YB MAT JAN datang sini kat opis aku ni, sebenarnya dia pegi check up kat GH dah alang-alang dekat sangat ngan opis aku, dia terus dtg sini. Telinga dia nampak beransur pulih. Dah boleh makan Mekciken kat MekD dah, kira okla tu. Tapi makan lambat-lambat, kunyah pelan-pelan macam pengantin pompuan makan bersuap depan orang ramai. Setengah jam aku dah habih makan, dia masih lagi bersopan santun dengan fries dia. Kalau tak sakit pun memang dia makan sopan santun, sempat mengira/mengukur saiz nasi, ikan atau ayam dalam pinggan nasik, inikan pulak sakit. Memang nampak ciri anak bongsu yang bagus!!
Dia sempat mengecheck email, update jernel dan aku tak sempat nak kutip ilmu make-up jernel aku kasik cun sikit, sebab hujan dah beransur reda dan aku takut hujan makin lebat, maka aku suruh dia balik sebelum hujan makin lebat. Aku mintak payung cam kolej ni kat satu amoi yang jaga store tu, dia kata ok, tapi masa kami sampai tingkat 1, ada pulak mamat kepoh dalam store tu. Tak bolehla aku amik payung kasi sobenier kat Mat Jan, kesian dia, dalam hujan renyai-renyai redah balik ke Shah Alam. Kalau dia tahu pergi rumah aku, nak jer aku kasik kunci rumah suruh dia balik rumah aku saja, tak la jauh sangat nak pegi spital semula esoknya. GH pun satu, hari ni datang, esok datang lagi, settle je la semua satu hari.
Dengar cerita DOKTOR ni akan datang sini untuk memantau keadaan Mat Jan. Jemput ke rumah doktor…jemput..jemput..kalau doktor pergi ke Serdang, terus la ke rumah saya yer..dekat jer tu.
Lagi..lagi interbiu..
Alhamdulillah, IQ test, English test/ BM test aku pergi utk keja satu tempat tu ari tu dah berjaya. Insya-Allah semalam depa call, tapi aku atas motor arley tu, sampai umah aku check2 rasa cam no tepon tempat aku pergi test ari tu jer. Tapi darling kata mustahil dia akan call lepas office hour. Tapi aku return call, aku tanya kat mana orang tu cakap ni *** then aku cakap, ada org call henpon aku, ni yg aku return call, then orang tu tanya siapa nama aku, dia check-check, dia suruh aku dtg tebiu pada ** May ni. Mudah-mudahan berjaya hendaknya. Mudah-mudahan dapatla kerja tu, dan aku akan anggap itu sebagai kerjaya tetap. Sebenarnya kerja kat sini pun ok, gaji kira okla masa aku masuk as fresh grad dulu memang tinggi jugakla dia offer, tapi lepas dua tahun, still macam tu jugak, benefit kurang. Satu-satu benefit yang ada ialah kompeni hanya beli insuran untuk staff, means kami boleh pergi mana-mana klinik panel insuran tu, diseluruh Malaysia. Dan kalau ada kritikal case boleh pergi hospital private dan free je la. Tapi memandangkan darling punya kompeni lagi best kasi insuran untuk satu family aku rasa macam tak ada bezanya aku kat sini, kebanyakan panel insuran kompeni aku adalah panel yang sama yang insuran daling tu. Cuma kompeni aku hanya cover staff sahaja, tapi insuran kompeni darling beli cover satu family, termasuk imunisasi untuk Najmi sejak baby-baby lagi, check up masa pregnant dulu pun cover semua.
Kalau sekarang ramai kawan-kawan yang kerja gaji mencecah 2K++ aku masih lagi dgn 1K++, syukur Alhamdulillah, tapi macam disebut, ”Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu mengubah sendiri nasib dia,” maka dengan itu aku rasa aku perlu mengubah nasib aku, cuma aku tidka terdesak sangat untuk tukar kerja. Aku sedar kemampuan aku. Cumanya teringin jugak merasa nikmat mendapat benefit macam kawan-kawan lain yang bernasib baik. Gaji dah ler 2K++, bonus 5-6 bulan, bayangkan sekali bonus dah boleh bayar down payment beli rumah. Kemudian aku annual increment lagi, kalau sekali increment koman-koman dapat seratus, kalau 3 tahun dah 3 ratus. Dan kalau orang lain kompeni boleh support pergi kursus itu ini walau kos kursus beribu aku pun teringin nak merasa pergi kursus walau kursus tak sampai 4-5 ratus pun.
Ada kawan yang kompeni request kerja pada hari cuti contoh Sabtu/ahad..(tahula kami-kami ni kerja librarian, tambah library khusus, biasa hari cuti pun kena bukak) setengah hari kerja boleh dapat 2-3 ratus. Aku kerja hari Sabtu 2.-6 ptg, dpt 30 ringgit jer. Ingat tak masa aku kena kerja kat RTM dari pukul 6-12.00 malam, dan esoknya Sabtu patut cuti kami kerja dari 6.00 ptg –12.00 mlm lagi? Sesen pun tak ada. Aku boleh report kat Jabatan Buruh, tapi malas, sebab aku dpt tahu ada kalangan kroni (amoi2 dan apek2la..) dapat bonus seribu untuk kerja2 itu. Tak adil bukan. Increment pun begitu, puak2 kapir dapat 3-4 ratus increment, walau baru kerja tak sampai setahun, tapi Melayu??? Siapa pernah datang sini sure tahu environment tempat aku. Dah macam dekat Hong Kong saja. Aku seorang staff Melayu.
Aku lonely, aku tak ada kawan disini. Mula-mula dulu tak terasa sangat, tapi dah dua tahun lebih aku rasa kosong..aku hanya bermasyarakat dengan dunia cyber sahaja. Macam sekarang student cuti, clerk aku dipinjam ke department lain, maka aku duduk sorang-sorang dalam library ni. Diulangi..sorang-sorang..betap bosannya aku. Sebab tu aku selalu telefon sana sini. Pergi makan pun sorang-sorang dah la jauh pulak tempat makan. Dulu aku bawak bekal, aku simpan dalam peti ais, then bila time nak makan aku panaskan dalam microwave, tapi sekarang puak mata sepet tu makin ramai. Ada sekali aku tengok depa dok panaskan makanan ada ketul-ketul daging panggang yang haram tu, dan aku rasa aku hilang nafsu dekat microwave tu. Sejak aku tapau jer makanan, or aku makan McD saja. Itulah paling dekat. Pernah sekali dulu ada meeting bos-bos termasuk dari HQ (kitaorg ni kira anak syarikat jer..atas-atas tu ada lagi kompeni beasr2 lain) depa serve daging ham…depa buat sandwich ham. Masa tu tengah pregnant pulak, punyala sedap aku tengok, dengan mayonis, tomato, nasib baik aku tengok dulu kertas pembungkus daging tu, nengok jer ianya ham, terus nak termuntah pulak aku rasa, naib baik aku tak terus makan.
So sebab itulah aku berharap dapat kerja di tempat lain, tak kirala di swasta ke kerajaan ker, janji tempat baru aku bukan situasi begini, kadang-kadang aku rasa tertekan sahaja. Seharian duduk depan pc tanpa suara…sesekali orang masuk sini berbualla seketika. Then ngadap PC balik. Nasib baik ada banyak kawan cyber hilang sikit sunyi. Terima Kasih semua…atas sebuah kemesraan dan persahabatan.
« LAMA
::
BARU »